Ketua Pembangkang Digantung, Siapa Pemangkunya?

Kuala Lumpur, 17 Mac – Selepas dua minggu sidang Dewan Rakyat berjalan, Pakatan Pembangkang masih tidak menamakan Pemangku Ketua Pembangkang bagi memangku jawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat selepas beliau digantung pada sidang sebelum ini.

Timbalan PengBolderusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, sehingga hari ini beliau masih tertunggu-tunggu, siapa agaknya yang nak jadi Pemangku Ketua Pembangkang.

Sebab Ketua Pembangkang telah pun digantung. Sidang Parlimen sedang berjalan. Malah ketika membahaskan isu di Jepun sebentar tadi, saya tengok di barisan pembangkang, siapa sebenarnya yang mewakili pembangkang.

Soalnya mengapa Pas dan Dap ini tidak boleh duduk semeja untuk menentukan siapa yang sepatutnyan jadi Ketua Pembangkang. Kalaulah sudah tidak ada dalam PKR ini yang tidak layak jadi Ketua Pembangkang, kenapa tidak jawatan ini dipangku oleh DAP, Lim Kit Siang ke ataupun Datuk Seri Hadi Awang ke, kalau tidak sebagai Ketua Pembangkang, jadi Pemangku Ketua Pembangkang,” ujarnya.

Ini membuktikan bahawa pakatan pembangkang ini diibaratkan sebagai ‘Tidur sebantal, mimpi lain-lain’. Pas dengan DAP ini boleh berpura-pura baik kerana ada PKR. Kini bila PKR dah tiada, Ketua Pembangkang dari PKR ini dah tiada, mereka sendiri pun tidak boleh buat keputusan.

“Bayangkan, ini baru nak lantik Ketua Pembangkang, esok-esok kalau diizinkan mereka memerintah, bagaimana nak menentukan kepimpinan Negara, ia akan menimbulkan masalah.

Mereka ini hanya bercakap sahaja tetapi bila sampai pelaksanaannya, kita lihat mereka masih saling tidak mempercayai antara satu sama lain,” ujarnya lagi.

Tags: , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment