MPKB Sakit Mata Lagi – GRO Masih Terbang Bebas

Cerita mnegenai GRO dan pelacur di bandar ini mendapat liputan meluas media baru dan tradisional sejak awal bulan lalu. Pendedahan demi pendedahan membuatkan MPKB-BRI dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHAEIK) tidak senang duduk.


Hampir setiap malam, agensi berkaitan ditambah dengan kekuatan polis dan imigresen membuat operasi. Media diajak sama. Operasi itu kelihatan amat berjaya apabila Kosmo! melaporkan pusat maksiat Kota Bharu runtuh di muka depan. Kelatakito.net juga tidak ketinggalan mendedahkan mengenai burung atau GRO yang berharga RM50 untuk sewa pakai selama sejam.

Selepas sebulan berlalu, kelatekito.net kembali ke lokasi yang disebut sebelum ini untuk membuat tinjauan. Dua sarang maksiat atau karaoke haram di tinjau iaitu Jalan Sri Cemerlang dan Kubang Kerian.

Ternyata operasi bersepadu itu hanya wayang kulit. Nampaknya mata MPKB-BRI masih bertahi. Kedua-dua karaoke ini masih menjalankan aktiviti seperti biasa, burung-burung GRO yang berharga RM50 sejam masih terbang bebas.

Tidak ada yang terjejas sedikit pun, yang runtuh hanyalah rumah maksiat untuk golongan bawahan bagi hiburan untuk golongan pertengahan dan atasan masih wujud seperti biasa.

Kak Ja, operator karaoke memberitahu, tidak ada apa yang perlu ditakuti. Tempatnya selamat. Tidak ada siapa yang berani sentuh kerana semuanya telah disuap sehingga penuh mulut.

“Mula-mula dulu kena sekali sebab tak kenal siapa, lepas itu tak ada apa lagi. Set ni (penguatkuasa) pun mari menyanyi di sini,” katanya.karoka1

Malam tinjauan itu, Baby masih ada, tetapi tidak seseksi dulu. Ligatnya masih sama. “Jangan bimbang abe, selamat, kalau nak ‘kocak’ macam biasa, di sini pun boleh kalau mari dua ore saja.” “Harga macam mana baby.” “Boleh kiro lagi, RM500 semalam boleh bawa turun lagi kalau nak.” Tangan Baby seperti biasa menjalar ke seluruh alam.

Sementara itu, di Jalan Sri Cemerlang, abah seperti biasa rileks tidak ada apa yang berlaku biarpun ketika itu operasi maksiat sedang heboh diperkatakan. Kurang lebih 10 bilik karaoke di rumah agam itu penuh, lagi pekat malam, makin bertambah jiwa yang hadir.

Baby, Suzy dan Ema masih bertugas macam biasa. Gelekkan manja mereka dengan alunan lagu goyang bali masih mengiurkan. Pinggul-pinggulnya bergoyang sekat, mengiurkan mata yang memandang. – KELATEKITO.NET.

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment