Pas Rampas Tanah Getah Peneroka .....

GUA MUSANG- Selepas penyelewengan Ladang Rakyat, kerajaan Pas Kelantan kali ini bertindak zalim dengan merampas tanah hak milik peneroka pula dengan menyerahkan geran tanah kepada pihak lain.

Kali ini mangsanya ialah peneroka Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) di Gua Musang dan mereka telah mengusahakan tanaman getah itu sejak 20 tahun lalu.

Lebih menghairankan pihak Kesedar telah membuat bayaran cukai premium tanah, namun tanpa memikirkan nasib lebih 100 peneroka yang akan hilang pendapatan mereka dan menjadi miskin akibat perbuatan menyerahkan geran kepada pihak lain itu, kerajaan Pas yang keras hati itu tetap mahu menzalimi rakyat yang miskin.

Justeru lebih 100 peneroka Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh, dekat sini, mengadakan piket secara aman bagi membantah tindakan Kerajaan Pas Kelantani merampas tanah mereka dan mengeluarkan geran hak milik kepada orang lain, pukul 6 petang semalam.

Baca seterusnya di Kelatekito.Net
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment