Rakaman Tersebut Bukan Saya- Anwar : Tubuhkan SuruhanJaya Di Raja Siasat Video tersebut

Sambungan dari:

Video Seks Anwar Ibrahim: `Datuk T’ Tampil Beri Penjelasan

”Kita berani ke depan kerana kita menegakkan kebenaran. Oleh sebab itu kita ingin pihak media sebagai barisan pertama yang mengetahui perkara ini. Saya beranggapan sebagai pemimpin tertinggi dalam parti, pemimpin yang bercita-cita pemimpin negara, menjadi Perdana Menteri Malaysia, kita perlu melihat akhlak mereka ini.

Akhlak ini bagi rakyat Malaysia terutamanya orang-orang Islam, adalah amat penting. Kita tidak akan menerima seorang pemimpin yang mempunyai akhlak yang rendah, yang akan merosakkan kewibawaan kepimpinan dan boleh boleh berkompromi tentang kedudukan negara kita,” ujarnya lagi.

Dalam masa yang sama, kita percaya kalau kita menerima pemimpin yang mempunyai banyak masalah peribadi yang bukan sahaja merosakkan peribadinya tetapi kepada masyarakat, boleh merosakkan dan juga merugikan kepentingan negara.

”Sebab itu kita hanya mengambil pendekatan memaklumkan kepada beberapa pemimpin penting, kita tidak mengedarkan video ini kerana kita nakkan supaya ada pendekatan yang baik, supaya pihak yang berkaitan itu faham dan mengambil tindakan yang sesuai untuk menjaga keperibadian dan integritinya,” tambahnya.

Sehubungan dengan itu, Tan Sri Rahim menggesa kerajaan Persekutuan agar segera menubuhkan sebuah Suruhanjaya Di Raja bagi menyiasat ketulenan video seks tersebut.

”Saya ingin mencadangkan keahlian Suruhan Jaya ini terdiri dari pemimpin utama parti-parti pembangkang. Kalau boleh, Suruhanjaya ini terdiri daripada Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Pengerusi Dewan Ulamaknya, juga pemimpin utama DAP untuk duduk dalam suruhanjaya ini selain pemimpin-pemimpin dari parti-parti lain termasuk parti Kerajaan.

Selain itu, kita juga mahu NGO-NGO juga diberikan peluang untuk duduk dalam suruhanjaya ini, bagi mengetahui kebenaran selain pihak media diberikan pengiktirafan duduk dalam suruhanjaya ini kerana pihak media merupakan medium penyebar maklumat yang tepat kepada masyarakat,” tambahnya lagi.

Diminta mengulas lelaki dalam rakaman video itu, beliau enggan menyebut nama tetapi memberi bayangan bahawa "lelaki itu mungkin menjadi PM". Rahim yang juga Pengerusi Risda berkata, isu ini perlu segera disiasat kerana ia telah menjadi polemik negara.

Dalam masa yang sama, Datuk Shazryl Eskay yang turut hadir dalam sidang media tersebut memberi jaminan video seks itu tidak akan diberikan kepada mana-mana pihak termasuk polis sehingga suruhanjaya diraja ditubuhkan

“Saya beri jaminan video ini tidak akan jatuh kepada mana-mana pihak,” katanya beliau juga mengaku ada dalam video itu namun enggan mendedahkan secara terperinci.

Shazryl turut mengakui beliau merupakan bekas sahabat Anwar bagaimanapun enggan menjelaskan apakah peranannya ketika adegan itu berlaku. Beliau juga enggan mendedahkan di bahagian mana gambar beliau dilihat dalam rakaman itu kerana ia sudah menjadi kes polis. Anwar juga telah membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi berhubung rakaman video aksi seks itu semalam.

Dalam laporan yang salinannya diedarkan kepada media itu Anwar menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video itu.

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment