RTC Akan Ambil Tindakan Pihak Yang Serang Peribadinya

Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik memberi amaran untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya menyerang peribadi beliau berhubung pendedahan rakaman video aksi seks yang didakwa melibatkan mirip seorang pemimpin pembangkang.

Beliau berkata tindakan sama juga akan diambil terhadap mana-mana penulis blog yang didapati menyerang peribadinya berhubung isu sama.

"Saya akan menjawab dengan tindakan undang-undang terhadap mereka yang melampaui batas ini,".

Abdul Rahim berkata beliau tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan dan serangan peribadi dengan dijadikan sebagai fokus politik adalah keterlaluan.

Rabu lepas, Abdul Rahim, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim mengakui mereka adalah trio Datuk T yang bertanggungjawab menyimpan dan menayangkan video berkenaan kepada sebahagian wakil media di hotel Carcosa Seri Negara, dua hari sebelum itu.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment