
Mungkinkah Anwar Di Penghujung Perjuangan....?
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Tan Sri Rahim Tamby Chik mengulangi pendiriannya meminta pemimpin pembangkang yang dirujuknya sebagai "si polan" supaya meletak jawatan atas faktor liabiliti, seperti yang dilakukan olehnya ketika berdepan dakwaan merogol gadis bawah umur kira-kira 17 tahun lepas.
Beliau berkata tindakannya meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka adalah kerana permintaan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ketika itu, yang menyifatkannya sebagai bebanan kepada UMNO selain faktor semangat kesetiaan kepada kepentingan-kepentingan negara walaupun mahkamah kemudian mendapatinya tidak bersalah.
"Dia (Anwar) kata saya jadi liabiliti walaupun tak bersalah dan telah dibuktikan di dalam mahkamah. Saya berhenti. Jadi, hari ini saya harap Anwar ikutlah contoh saya. Rakyat yang taat setia dan menjunjung kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan negara," katanya.
Rahim berkata beliau tidak menyesal untuk berhenti malah mendakwa dirinya tidak mempunyai kepentingan dalam isu video itu cuma ingin menegakkan kebenaran yang perlu diketahui oleh semua rakyat Malaysia.

0 Komen
Post a Comment