
Kuala Lumpur, 15 Mac- Pemimpin-pemimpin pembangkang khususnya Presiden Pas, Datuk Seri Abd Hadi Awang harus melihat cermin dahulu sebelum melemparkan tuduhan atau kenyataan kononnya Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan yang didakwa terlalu lama dan pemimpin kerajaan BN mahu memerintah negara “sehingga nyanyuk dan sehingga kiamat”, ujar Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Terengganu, Asfalinda Anuar.
“Mereka ini macam tak menilai diri sendiri, mereka sendiri terlupa siapa pemimpin-pemimpin yang memimpin Pas, Dap dan PKR selama ini.
Dalam UMNO, kita sudah berjaya melakukan peremajaan dalam UMNO dalam kepimpinan hingga kita mempunyai ramai pemimpin pelapis yang boleh diketengahkan,” ujarnya.
Tambahnya, usaha dalam meremajakan UMNO ini sebenarnya jauh lebih berjaya dari pakatan pembangkang. Kalau kita lihat, Presiden UMNO sendiri dalam usia dia dalam linkungan antara 58 tahun, tapi cuba tengok Nik Aziz dan Lim Kit Siang, apatah lagi dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menerima jawatan Presiden Pas pun selepas Presidennya yang terdahulu, Datuk Fadzil Noor meninggal dunia pada tahun 2002.
“Nama-nama seperti Datuk Nik Aziz, Lim Kit Siang, Karpal Singh, mereka ini sudah berada dalam kepimpinan parti mereka sejak zaman Tun Abdul Razak lagi. Dalam UMNO sendiri, kita sudah beberapa kali bertukar kepimpinan.
Ini membuktikan proses peremajaan dalam UMNO ini, kita lebih ke depan. Saya yakin dengan kepimpinan UMNO hari ini, peluang anak muda untuk diketengahkan sebagai pemimpin tidak perlu dipertikaikan lagi. Contoh terbaru, tiga orang anak muda UMNO diberikan amanah dan kepercayaan untuk mewakili BN dalam pilihan raya kecil Dun Tenang, Merlimau dan Kerdau dan ternyata, mereka diterima oleh rakyat,” tambahnya.
Dalam masa yang sama, bagaimana dengan Pas dan pakatan mereka yang lain. Apa yang berlaku di Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau baru-baru ini, membuktikan bahawa Pas sudah kurang pemimpin khususnya di DUN Kerdau, Pahang hingga terpaksa menampilkan calon kitar semula yang telah gagal dua kali sebelum ini dan sanggup menjadi ‘kambing hitam’ sekali lagi apabila bertanding mewakili Pas untuk PRK Dun Kerdau, 6 Mac lalu.
”Oleh itu, pemimpin-pemimpin pembangkang, khususnya Pas agar tidak mempolitikkan segala isu semata-mata untuk mendapatkan populariti demi sokongan rakyat. Saya bukan nak kata Nik Aziz dah nyanyuk, tetapi tindakan-tindakannya sejak-akhir ini menampakkan seakan-akan dia dah nyanyuk.
Oleh itu, dah tiba masanya Pas mencari calon lain untuk mengantikannya sebagai Menteri Besar Kelantan dan sebagai Muryidul Am Pas yang baru,” tambahnya lagi.

0 Komen
Post a Comment