
Nasib penjaja dan peniaga Melayu di Pulau
Terkini, kira-kira 18 peniaga bergerak di Pantai Queensbay, Bayan Baru pula menjadi mangsa terbaru apabila diarah tutup. Ini jelas menunjukkan bahawa DAP mahu mengusir peniaga-peniaga ini dari Pulau Pinang.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hassim berkata, beliau hairan bagaimana perkara ini boleh terjadi lagi sedangkan beliau sudah beberapa membawa isu ini kepada kerajaan negeri.
“Kalau nak ada tindakan kepada penjaja-penjaja kecil ini, ia haruslah menyeluruh. Persepsi yang kita nampak sekarang ini, penjaja-penjaja Melayu sahaja sekarang ini yang ditekan.
Kalau kita pergi ke Bandar, di George Town, di New Lane, Datok Keramat, kita bukanlah bawa isu perkauman tetapi kerajaan negeri mestilah adil dan berpatutan. Kerajaan BN dulu ketika memerintah, mereka ambil tindakan adil, walaupun ada penjaja Melayu ditekan, tetapi ia tidak tertumpu kepada penjaja Melayu sahaja” ujarnya ketika ditemui bagi mengulas isu pengusiran penjaja-penjaja Melayu di Pantai Queensbay, Bayan Baru.

Dalam masa yang sama, Zahrain akui tindakan penjaja-penjaja ini salah bila berniaga ikut suka sahaja, tetapi tanggungjawab kerajaan negeri ialah menyelesaikan isu ini secara menyeluruh.
“Masa saya dalam PKR dulu pun, saya telah mendesak beberapa kali Ketua menteri untuk mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk membuat satu dasar tentang peniaga-peniaga kecil ini. tetapi dia tak ambil endah tetapi mereka lebih suka mengambil tindakan secara ad hoc dan cara ini akhirnya bersalah pada peniaga-peniaga Melayu.
Ini masalahnya, oleh itu saya minta kalau boleh hentikan semua tindakan, kaji semula secara menyeluruh dan bentang perkara ini kepada rakyat dan kepada mereka yang terlibat dan kalau masih ada masalah, baru ambil tindakan. Pada saya, inilah yang tidak patut dilakukan oleh kerajaan negeri,” tambahnya lagi.
Ujarnya, untuk menyelesaikan masalah ini, kerajaan negeri haruslah mengeluarkan satu dasar menyeluruh. Ia tidak boleh ad-hoc, kerana kalau ad-hoc, ikut suka pihak penguatkuasa.
“Tetapi hari ini, saya nampak serangan terhadap peniaga Melayu jelas. Saya Nampak macam ada satu niat, satgu azam untuk memberhentikan penjaja-penjaja Melayu ini.
Kalau mereka buat satu dasar yang menyeluruh termasuk di kawasan-kawasan Bandar seperti

0 Komen
Post a Comment