
www.umno-online.com
Menurut maklumat yang aku perolehi dari Blog ‘Panglima Perang Cyber’ – Laman web rasmi UMNO iaitu UMNO-Online bakal ‘diserang’....
Wah, hebat UMNO-Online sehingga UMNO-Online pun antara yang bakal diserang ‘Pengganas Cyber’ yang pro-pembangkang nie .... Inilah kebenaran yang dibawa UMNO-Online, sehingga menjadi sasaran pencacai PR yang tidak senang duduk dan terancam dengan keberanian dan pendedahan demi pendedahan yang dibuat UMNO-Online.
Selain UMNO-Online, blog lain yang menjadi sasarannya ialah MyKMU, GAP, PapaGomo, Parpu, RBF, Taiping Mali, AIDC, Panglima Perang Cyber sendiri dan banyak lagi....
Ini membuktikan pihak pembangkang khususnya panglima perang PR sudah panas bontot dengan pendedahan demi pendedahan yang dibuat UMNO-Online serta rangkaian sahabat blogger Pro-UMNO dan Pro BN sejak kebelakangan ini....
Tahniah kepada UMNO-Online dan semua blog-blog Pro UMNO dan Pro BN yang selama ini tidak putus-putus mendedahkan penyelewengan dan salah laku pemimpin-pemimpin dari PKR-DAP dan PAS ini...
Teruskan perjuangan, teruskan mendedahkan siapa PR ini yang sebenarnya selain memberi penerangan dan maklumat kepada ahli-ahli sendiri mengenai perkembangan UMNO dari semasa ke semasa.
Wahai pencacai-pencacai dan blogger proPR, kalau takut berbicara soal kebenaran, keadilan - usah bicara soal perjuangan. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi laut.

0 Komen
Post a Comment