
Penting sangatkah video seks yang kononnya melibatkan pemimpin tertinggi pakatan rakyat yang sudah terdedah dengan hangatnya sepanjang hari hingga ke lewat malam nie ....
Semuanya bercerita dan membuat ulasan mengenai rakaman video tersebut. Berbagai-bagai spekulasi yang dibuat, kenyataan balas dari pemimpin pembangkang tersebut juga bersama pemimpin-pemimpin partinya juga sudah dibuat....
Kekecohan mengenai video tersebut hingga kita terlupa dengan desakan demi desakan yang kita pinta dari Anwar untuk menyerahkan secara sukarela sample DNA nya untuk membuktikan bahawa beliau benar-benar tidak meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan....
Ternyata, peristiwa hari nie benar-benar menenggelamkan cerita DNA dan liwatnya terhadap Saiful.... Begitu juga dengan berita penyelewengan Yayasan Selangor hingga rugi pada hari nie ....
Apa dah jadi dengan PKR hari nie? Anwar Ibrahim benar-benar telah merosakkan perjuangan rakyat sebagaimana yang mereka perjuangkan selama ini. Adakah PKR menuju ke ambang keretakan? Hanya anda sebagai Rakyat, menentukannya ....

0 Komen
Post a Comment