UMNO Kelantan hari ini membidas kerajaan negeri itu kerana menutup pintu rundingan dengan 415 peniaga Pasar Lama Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) dan Arked UDA.
Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata
kerajaan negeri pimpinan PAS itu tidak bertimbang rasa kerana enggan memberi peluang kepada peniaga berunding dengan mereka bagi menyelesaikan kemelut yang dihadapi.
"Kita kesal pintu rundingan ini dikatakan sudah tertutup. Ini soal janji yang mereka buat (semasa pilihan raya umum lepas) dan saya mohon kerajaan
negeri menangguhkan perpindahan peniaga ini sehingga ada jalan penyelesaian," katanya.
Beliau yang ditemui selepas melawat peniaga terbabit di Pasar Lama MPKB
mengulas mengenai isu perpindahan peniaga ke Bazar Tok Guru yang berlanjutan apabila kesemua mereka enggan berpindah sekalipun notis mengosongkan premis sekarang tamat 31 Mei ini.
Mustapa berkata peniaga berkenaan membantah kerana premis baru di Bazar Tok Guru lebih sempit selain dikenakan bayaran yang mahal, tidak seperti yang dijanjikan PAS pada pilihan raya umum lepas.
Mengulas tawaran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani supaya peniaga terbabit berniaga di Terminal Makanan Negara (Teman) di Tunjong di sini, Mustapa berkata perkara itu terserah kepada peniaga terbabit.
"Ini bukan soal tawaran tetapi ini soal janji kerajaan PAS Kelantan kepada
peniaga itu yang menjadi perhatian," katanya.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 Komen
Post a Comment