Anwar Ibrahim Sokong Pendekatan Tan Sri Muhyiddin

Berita gembira yang diterima oleh Anwar Ibrahim dan mungkin buat kali pertama Anwar akan gembira dengan dasar atau langkah kerajaan BN sejak beliau dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Ianya merupakan langkah dan pendekatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berharap sekolah-sekolah di Malaysia boleh mengadakan program pertukaran dengan Experimental High School di Beijing.

Ini berikutan sekolah yang terletak di bawah kelolaan Beijing Normal University menunjukkan prestasi cemerlang dan memenangi anugerah atas program pertukarannya di peringkat antarabangsa.

Muhyiddin berkata sekolah-sekolah di Malaysia boleh belajar daripada Experimental High School yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan sukan, untuk memperbaiki program sukan serta meningkatkan pencapaian keseluruhan pelajar di Malaysia.

Ini kerana Anwar dah lama suka sangat berhubungan dengan pihak dari sana. Dengan langkah ini, hubungan dua negara dapat dieratkan, malah Anwar juga gembira kerana ia akan dapat lebih ramai sahabat dan kenalan dari sana.

Menurut Muhyiddin lagi, bidang ini penting dan sekolah di Malaysia boleh belajar dari Experimental High School memandangkan Malaysia kini memulakan program 1Murid 1Sukan.

"Kita percaya penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan akan meningkatkan kebolehan belajar mereka dan menyumbang kepada proses pembangunan diri," katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata terdapat dua sekolah sukan di Malaysia dan kementerian berharap untuk menjalin pelbagai bentuk kerjasama antara sekolah-sekolah sukan di Malaysia dan Experimental High School.

Bila sahaja mendengar perkhabaran MOU ini, Anwar secara spontan berkata

.... Mau ! Mau! Mau

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment