
Ingat 16 April, ingat pembohongan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengubah Sarawak dan ingat pada tanggal 16 September 2008 yang lalu, ingat jugalah pada pembohongan Anwar Ibrahim untuk mengambil alih Putrajaya.
Anwar pastinya tidak akan melupakan tarikh keramat 16 Sep 2008 dan 16 April 2011 .... malah Anwar akan menbenci nombor 16 selepas ini.
Nombor 16 kini menjadi igauan ngeri Anwar Ibrahim kerana segala pembohongannya terdedah kepada umum yang sehingga kini masih lagi tidak ada jawapan terhadap apa yang diwar-warkan itu.
Amat jelas, pembohongan beliau kononnya untuk mengambil alih Putrajaya pada waktu itu menjadi mimpi yang tidak ada kesudahan.
Anwar sejurus pilihan raya umum pada 2008 berulang kali mencanangkan pakatan pembangkang akan mengambil alih kerajaan BN pada 16 September.
Baru-baru nie, hampir 3 minggu Anwar dan konco-konco berarak ke hulu, ke hilir Sarawak untuk mengajak ‘mengubah’ Sarawak pada 16 April lalu...
Kini, semuanya sudah menjadi mimpi ngeri buat Anwar .... kita tunggu kepulangannya 16 Mei nie.... ye ker....
Tunggukan sahaja episode 16 siri nie ....

0 Komen
Post a Comment