Cikgu PAS Yang ‘Tak Sengaja’ Terbunuh Pelajar 7 Tahun



Rupa-rupanya kematian pelajar tujuh tahun dua hari lepas di Sekolah Rendah Islam Al Furqan, angkara ustaz dari Pas ...

Hinggakan Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin berkata, pihaknya terpaksa memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan memohon maaf kepada kaum guru berhubung peristiwa yang telah mencalar imej dan persepsi umum terhadap warga pendidik.

Walau macammana pun, aku tetap nak mengucapkan terima kasih kepada Pesuruh Jaya Pas Perlis yang berani akui kelemahan dan kesilapan, sebabnya kes nie orang menuduh kerajaan yang bersalah, cikgu yang bersalah, malah aku sendiri geram, malah ingatkan cikgu tu cikgu dari Kementerian Pelajaran.

Hakikatnya, kematian seorang pelajar tujuh tahun dua hari lepas yang dikaitkan dengan tindakan hukuman seorang ustaz yang berlaku di Sekolah Rendah Islam Al Furqan kelolaan parti Pas di Jejawi dekat Kangar.

Adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar pada Ahad selepas dipercayai dipukul seorang ustaz yang juga warden asrama sekolah itu pada Khamis ketika menyiasat kes kecurian.

Apapun, perkara ni telah terjadi, kita berharap agar kejadian sebegini tidak berlaku lagi .... Al-Fatihah buat adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee. Moga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Assalam...

    saya sangat tersentuh dengan perkara ini.. bayangkan kanak2 7 tahun di perlakukan seperti itu.. sungguh cikgu itu jenis penakut sebab terpaksa ikat mangsa agaknya tak berani nak face to face dengan kanak2 berumur 7 tahun ?

    Apa apa pon salam takziah buat keluarga mangsa...

    biarkan siasatan di buat dan pihak yang bersalah menerima hukuman

    inilah akibat kalau ada ilmu tapi tak ada iman dan sabar

Post a Comment