Walaupun pendedahan tentang rakaman video seks yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah dua minggu berlalu namun setakat ini penafian yang dilakukan sekadar mengalih tumpuan terhadap kononnya wujud konspirasi di sebalik rakaman tersebut.
Nampaknya Anwar dengan dibantu rakan pemimpin pakatan pembangkang yang lain lebih berminat menumpukan penafian berkisar kepada perkara-perkara yang bukan asas kepada kewujudan rakaman tersebut.
Ramai tertanya-tanya kenapa Anwar tidak menyerang dan mendedahkan individu sebenar yang bertanggungjawab terhadap pendedahan rakaman tersebut iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah.
Malah lebih menghairankan lagi Anwar juga seperti tidak berminat menjelaskan misteri jam Omega yang dikatakan disimpan isterinya Datin Seri Wan Azizah yang sehingga kini masih gagal dipertontonkan kepada umum.
Mengulas perkara tersebut, bekas Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Mohd Nazmi Rosli berkata bukan sesuatu yang menghairankan kenapa Anwar tidak berani menyentuh Datuk Easkay dalam siri jelajahnya ke serata negara bagi menafikan rakaman video seks itu.
“Anwar tak berani sentuh apatah lagi menyerang Datuk Easkay kerana dia takut senjata makan tuan. Datuk Easkay adalah sahabat karib Anwar sejak sekian lama… Anwar takut kalau dia serang maka lebih banyak lagi rahsia bukan sahaja di dalam malah di luar negara terbongkar tentang aktiviti-aktiviti tidak sihat yang dilakukannya.
“Sebab itu Anwar lebih gemar serang UMNO atau Barisan Nasional, tuduh konspirasi dan sebagainya kerana dia hanya mahu menimbulkan keraguan saja sedangkan Datuk Easkay adalah orang yang bertanggungjawab mendedahkan video tersebut”, katanya kepada UMNO-Online di sini.
Ini tegas beliau lagi adalah kemahiran Anwar yang cukup pandai menutup ruang dari terus terperangkap atas kesilapannya sendiri.
Tambah beliau perkara yang sama juga dilakukan Anwar yang sehingga kini menutup mulut mengenai jam Omega yang dikatakan miliknya yang tertinggal dalam bilik di mana kejadian rakaman video seks itu berlaku.
“Mana jam itu sekarang? Kenapa sampai sekarang Anwar tak tunjuk? Ini kerana Anwar takut terperangkap kerana berbohong.
“Anwar terpaksa berhati-hati dalam setiap langkahnya kerana kalau tersilap maka rahsia sebenar terbongkar. Malah Anwar paling takut jika dia tidak lagi mendapat sokongan Pas yang selama ini banyak kali terpaksa berkorban untuk mempertahankannya”, ujar beliau.
Nazmi berkata Anwar lebih berhati-hati dengan Pas berbanding DAP kerana DAP tidak begitu kisah tentang moralnya.
“Kalau Pas tarik diri apa yang terjadi pada Anwar? Kalau Pas kali ini benar-benar tahu tembelang Anwar sudah pasti Pas tidak akan berani bersubahat kerana tidak redha dipimpin oleh pemimpin yang begitu buruk akhlak dan rendah moral peribadi”, katanya. -MediaUMNO

0 Komen
Post a Comment