GAPS Desak Ahli-Ahli Parlimen Nilai Sendiri Kesahihan Video Seks Libatkan Ketua Pembangkang


Klang, 3 April- Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) melihat isu video seks yang dikaitkan dengan pemimpin utama PKR telah mengoncang politik tanah air. Ini bukan pertama kali skandal video seks berkumandang dikalangan Ahli Parlimen Malaysia.

Pengerusi GAPS, Hamidzun Khairuddin berkata, bezanya pada kali ini ia dikatakan melibatkan seorang tokoh pemimpin politik Melayu Islam yang merupakan juga Ketua Pembangkang Di Parlimen. Namun oleh kerana video ini hanya ditayangkan kepada beberapa individu di kalangan wartawan, ia telah membangkitkan rasa curiga rakyat terhadap Institusi Parlimen Malaysia.

“Rakyat mengalu-alukan kenyataan Ketua Polis Negara yang mengesahkan bahawa video itu adalah tulen. Pengesahan itu dibuat oleh pakar profesional yang dilantik minggu lalu oleh Jawankuasa Penyiasat PDRM untuk membuat kajian terperinci mengenai video ini.

Sehubungan dengan itu, Ahli Parlimen Malaysia tidak harus apologetik dan jijik untuk menonton video dokumentari istimewa ini. Mereka semua adalah wakil rakyat dan mereka bertanggungjawab untuk berkata benar kepada rakyat. RAKYAT sangat berminat terhadap kebenaran,” ujarnya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum rakyat kepada Ketua Polis Negara melalui Ketua Polis Daerah Klang Utara petang tadi.

Tambahnya, tentunya mereka tidak boleh berkata benar dalam isu ini jikalau mereka bercakap berdasar kenyataan kabur, khabar angin, andaian dan bukti hearsay. Apatah lagi dengan tuduhan bahawa subjek didalam video itu adalah Ahli Parlimen seperti mereka.

“Oleh yang demikian tidak keterlauan jikalau MEMORANDUM RAKYAT mendesak video ini wajar ditayangkan kepada semua wakil rakyat untuk mereka melihat dengan bukti jelas dihadapan mereka siapakah kalangan mereka yang telah melakukan aksi seks dengan pelacur yang mencemar Institusi Parlimen Malaysia. Ahli Parlimen Malaysia harus bersih dari rasuah, salahguna kuasa dan skandal seks,” ujarnya lagi.

Oleh kerana kes ini adalah amat luar biasa, seluruh lensa media antarabangsa sekali lagi akan tertumpu ke negara ini. Tidak ada cara lain untuk pihak berkuasa bersifat telus dan adil dalam kes ini kecuali dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja.

“Memorandum Rakyat” ini turut mencadangkan Presiden PAS, Presiden PKR dan Setiausaha Agung DAP dijemput menjadi Ahli Suruhanjaya ini.

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. UPDATE!senarai terkini Calon2 PBB/BN piilihanraya Sarawak

    http://rajahbinai.blogspot.com/2011/04/terkini-senarai-penuh-calon-pbbbn.html

  2. Setuju sgt dgn gaps. tapi dgn syarat tayangn filem dokumentari pendek itu dibuat secara live ke stesen2 tv di negara dan penayangannya tidak dibuat secara tertutup utk ahli mp sj.
    sbb rakyat pun mau tgok juga filem dokumentari itu terhebat di malaysia itu!!!!

Post a Comment