
Dihalau, diusir malah melarikan diri, menjadi aktiviti utama Anwar sejak beberapa hari lalu
Sungguh Anwar tak percaya.... kenangan manis dan kehangatan 8 Mac 2008 tidak menjadi kali ini. Jika 16 September 2008 mereka berjanji nak menakluk Putrajaya, akhirnya 16 April tersungkur di Sarawak.
Ini semua telah menghentikan degupan jantung Anwar Ibrahim.... dihalau, diusir malah melarikan diri, menjadi aktiviti utama Anwar sejak beberapa hari lalu, dalam usahanya menawan Putrajaya gagal, usaha untuk bertapak di Sarawak juga nampaknya menemui jalan buntu.
Anak didik yang menjadi harapan, satu persatu dibogelkan, walaupun Timbalan Presiden PBB, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg mengakui cara ini bukan caranya.
Namun pencabarnya di Satok kini sedang dibogelkan satu persatu lantaran kelantangannya mengutuk, menfitnah dan mencaci pemimpin-pemimpin BN, lantaran kami Blogger Nyamuk tidak akan mendiamkan diri untuk berkongsi segala maklumat agar penyelewengan dan kemungkaran yang berlaku akan kita dedahkan satu persatu.
Kini tinggal tidak sampai lagi 24 jam, rakyat Sarawak akan menentukan masa depan negeri Sarawak. Segala usaha telah dilakukan, malah pemimpin-pemimpin BN tidak kira dari Semenanjung malah dari Sarawak sendiri telah menemui segelintir rakyat Sarawak, untuk menerangkan misi dan impian BN...moga perjuangan BN akan terus subur di bumi bertuah, Sarawak Bumi Kenyalang .....

0 Komen
Post a Comment