Jualan Jam OMEGA Laris di Seluruh Negara


Hebatnya penangan jam Omega sehingga jualannya di seluruh negara meletup-letup, sehingga pengeluarnya terpaksa gulung tikar kerana tidak lagi mampu menjual atau mengeluarkan jam Omega ini lagi ...

Seperti yang aku alami baru-baru nie ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, jam 6.45 pagi sebuah kedai jam di Jalan P.Ramlee dikerumi orang ramai, beratur panjang kerana mahu membeli jam Omega. Sila baca di sini ... OMEGA

Menurut satu mamat yang aku jumpa pagi tu, jam yang mereka nak beli ini mempunyai mutu yang baik, harga berpatutan.. Dia nak beli dan suruh isterinya simpan....

Tapi baru-baru nie aku jumpa mamat nie juga, khabarnya dia baru pergi membuat laporan polis kerana jam Omeganya hilang .... Kesian gak aku dengan mamat nie ...

Tapi semalam, aku terjumpa plak bininya dan aku tanyakan apa kes jam Omega lakinya hilang. Kan dia (si isteri) yang simpan jam tersebut .... Namun bininya kata jam itu ada dalam simpanannya. Ada di rumah, aku minta nak tengok, apa istimewanya sangat jam tu...tapi bininya mengelabah dan tidak mahu menunjukkan jam tersebut ....

Apa yang sebenarnya nie ..... Laporan polis dibuat mengatakan jam tersebut hilang tetapi dalam masa yang sama isterinya kata jam tersebut dalam simpanan .....

Confius aku dengan keluarga PUAKA nie .....

Namun, seluruh dunia kini menantikan keadilan dan kebenaran, benarkah jam Omega tersebut masih ada, masih dijual atau disimpan si pengeluar .... malah mereka mendesak menubuhkan Suruhanjaya untuk menyiasat kisah di sebalik jam Omega tersebut ....

Tunggu...kisah selanjutnya mengenai jam OMEGA tersebut ....

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment