
Susah Mahu Tweet Masa ‘Mendayung’....
Pas kini lebih mengutamakan kepentingan politik berbanding asas perjuangan mereka dahulu dalam mempertahankan Islam.
Pergerakan Pemuda UMNO Selangor melihat perkembangan Pas hari ini sekadar memenuhi perjuangan politik sempit mereka untuk menjatuhkan kerajaan BN, bukannya untuk memperjuangkan Islam atau berkhidmat kepada rakyat.
Ketuanya, Ungku Salleh Ungku Jamal berkata, tindakan Pas hari ini yang masih bersama-sama pakatan pembangkang atau yang mereka namakan Pakatan Rakyat dilihat seperti meminggirkan perjuangan Islam walaupun salah seorang pemimpin pakatan mereka kini dikaitkan dengan kontroversi video seks.
“Ia mengambarkan Pas lebih mengutamakan kepentingan politik tanpa menghiraukan atau ambil kisah dengan apa yang berlaku dalam pakatan mereka.
Jika dilihat dengan apa yang berlaku hari ini, Pas sepatutnya mengundurkan diri untuk seketika dari pakatan mereka serta menilai semula gagasan pakatan mereka agar ia segar dengan arah tuju dan matlamat perjuangan untuk rakyat, bukannya perjuangan untuk meninggikan atau mengangkat kedudukan dan darjat seseorang di kalangan pemimpin mereka seperti Anwar Ibrahim,” ujarnya mengulas pendirian Pas selepas kemelut video seks yang mirip wajah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

0 Komen
Post a Comment