Kerajaan Negeri Gagal Tunaikan Janji, Rakyat Yang Rugi- Safarizul

Ampang, 4 April- Pergerakan Pemuda UMNO Selangor melihat kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR pada dasarnya gagal melaksanakan janji-janji mereka selepas berjaya merampas dan mengambil alih kerajaan negeri daripada Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke12 yang lalu, ujar Ketua Penerangan Pemuda UMNO Selangor, Safarizul Mustaffa.

“Kalau kita lihat suasana di Selangor pada hari ini, jauh berbeza dengan apa yang digambarkan oleh pakatan pembangkang. Sewaktu hari pertama mereka mengambil alih kerajaan negeri, janji-janji yang mereka taburkan hampir di setiap pelusuk negeri Selangor tetapi ternyata pada hari ini, mereka gagal melaksanakan segala janji-janji kerana terlalu sibuk berpolitik.

Sehinggakan di dalam PKR itu sendiri pun, kita lihat kepimpinan tertinggi yang mana Datuk Seri Anwar sampai hari ini gagal menjawab tohmahan-tohmahan yang dilemparkan oleh pemberita ataupun masyarakat terhadap segala kepincangan yang beliau lakukan, contohnya soal DNA dan video seks yang timbul baru-baru ini,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Ujarnya, inilah masa terbaik kepada Anwar untuk membuktikan bahawa beliau tidak bersalah dan tidak melakukan perbuatan terkutuk itu dengan memberikan sample DNAnya kerana inilah satu peluang yang diberikan untuk membersihkan nama beliau.

“Tetapi apa yang berlaku hari ini, mereka (kerajaan negeri Selangor) dan PKR terpaksa menyelesaikan dan mengatasi masalah yang mereka buat sendiri hingga tak terjaga kerajaan negeri Selangor ini.

Kalau kita tengok manifesto yang dikemukakan oleh mereka, kita boleh katakana satu perkara sahaja yang mereka ambil berat, hanya air. Itulah yang mereka manupulasikan sehingga ke hari ini hinggakan kerana air itu jugalah yang menyebabkan kerugian kerajaan negeri. Dengan menggunakan duit anak syarikat kerajaan negeri, KDEB untuk digunakan bagi subsidi sebagaimana yang dijanjikan kerajaan negeri,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ampang.

Tambahnya, sebagai rakyat Selangor, Pemuda UMNO kecewa kerana kerajaan negeri gagal membangunkan negeri dan mengabaikan kebajikan rakyat sebaliknya hanya sibuk berpolitik dan cuba menyelesaikan masalah-masalah dalaman mereka yang tidak boleh selesai, yang mana akhirnya rakyat sendiri yang rugi.

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment