Pakatan Pembangkang Tekan Butang Panik… Nyanyi Lagu Lama


Menjelang beberapa jam sebelum tamat proses berkempen bagi pilihanraya negeri Sarawak, pakatan pembangkang seakan cuba menekan butang panik apabila mula membuat tuduhan liar yang lazimnya digunakan ketika mereka mula merasai angin kekalahan.

Tidak seperti di awal kempen, pakatan pembangkang dengan nada angkuh dan lantang menyatakan mereka bukan saja mampu menafikan kemenangan dua pertiga Barisan Nasional (BN) malah boleh menguasai negeri Sarawak.

Namun menjelang hari dan jam terakhir proses berkempen nada pakatan pembangkang berubah apabila mula mempersoalkan ketelusan pilihanraya malah mula membuat tuduhan lapuk mendakwa BN kini giat membeli pengundi.

Mengulas perkara tersebut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Aziz Sheikh Fadzir menyifatkan tuduhan itu sebagai taktik lapuk, lagu lama yang tidak perlu dilayan.


“Mungkin mereka sudah terasa angin kekalahan…. ini tuduhan biasa mereka bukan benda baru….orang pun dah muak dengan tuduhan BN beli undi, SPR tak telus, kira undi tak betul dan macam-macam lagi.

“Kita percaya pengundi terutama di Sarawak ini menilai rekod dan kebolehan sesebuah parti menerusi gerak kerja dan manifesto yang ditawarkan parti bertanding. Jangan rendahkan maruah pengundi”, katanya.

Beliau yakin pakatan pembangkang sebenarnya sudah kehabisan peluru untuk menyerang BN.

“Bila peluru habis tanpa beri kesan kepada pengundi mereka akan serang secara membabi buta. Kita tak perlu layan…yang penting jentera kita mesti fokus dan berjuang hingga detik terakhir, minit akhir sebelum pintu tempat mengundi ditutup”, ujarnya. -MediaUMNO

Tags: , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment