
Hakikatnya, pemimpin UMNO dan BN tidak perlu melayan portal berita MalaysiaKini & MalaysianInsider- yang merupakan portal tajaan Anwar dan Pakatan Rakyat untuk bercakap tentang kebebasan media kononnya, suara rakyat katanya tetapi dalam masa yang sama, merupakan portal yang akan mengelirukan pemikiran rakyat demi kepentingan bosnya yang ada dalam pakatan PKR-DAP-PAS.
Sudah beberapa kali MI dan MK ini bermain dengan kenyataan sonsang, soalannya 10 jawapan yang diberikan juga 10, tapi yang dia tulis dalam portalnya 11, soalan tambahan yang takde kena mengena dengan persoalan asal - sebaliknya akan melaga-lagakan antara antara pemimpin-pemimpin UMNO dengan NGO lain, khususnya Perkasa.
Tujuannya, wujudkan persengketaan antara UMNO dan Perkasa serta NGO-NGO Melayu yang lain, yang bertujuan tidak mahu Melayu bersatu walaupun dengan beberapa organisasi ....
Contohnya kalau dah jadi ahli UMNO, tak boleh jadi ahli Perkasa. Kalau dah jadi ahli Silat Gayung, tak boleh berkawan dengan mamat silat Cekak. Kalau dah jadi ahli GPMS, jangan sesekali terlibat dengan KPPMS dan juga Gagasan.
Tapi bagi aku, selagi ada NGO atau persatuan atas nama Melayu, selagi itu harus kita sokong dan bantu. Bukanlah aku bersifat rasis, namun itulah namanya gabungan atau gagasan atas nama penyatuan Melayu.
Dalam hal ini, ia merupakan perjuangan sia-sia dan harus dihapuskan oleh pihak yang di `sebelah sana' - dengan menggunakan apa sahaja medium media yang bersifat neutral, seperti MK dan MI ini untuk tujuan mengucar-kacir dan menghapuskan persefahaman dan penyatuan ini.
Fikir-fikirkanlah, sudah tiba masanya ......

0 Komen
Post a Comment