Pilihanraya Sarawak Bukti DAP Parti Paling Rasis

Tidak dapat tidak hendak dielakkan perkara ini kerana itulah hakikatnya yang sebenar–benarnya. Sudah tidak dapat disangkalkan lagi oleh puak–puak DAP bahawasanya mereka adalah sebuah parti yang cukup kuat fahaman Chauvinistiknya di dalam Malaysia.

Tetapi mereka yang kerap kali menunding jari terhadap orang lain dan menuduh orang itu yang lebih bersikap rasis terhadap bangsa lain jika hendak dibandingkan dengan mereka kononnya.

Perkara ini sudah tidak dapat dielakkan apabila keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak diumumkan semalam. Ia menyaksikan DAP berjaya merampas hampir ke semua kerusi yang ditandingi mereka sekali gus mengalahkan parti SUPP pimpinan Tan Sri George Chan. Malah Presiden SUPP itu tersungkur di kawasannya sendiri.

Namun, itu bukan persoalan pokoknya. Persoalan utama yang perlu ditanya ialah bagaimana DAP berjaya membolot keputusan sedemikian? Dengan menyemai benih – benih Rasisme di kalangan pengikut–pengikutnya dan masyarakat Cina khususnya.

Antara lain, mereka tanamkan di dalam pemikiran pengikut–pengikut rasa benci terhadap bangsa lain. Kononnya, hanya mereka sahaja yang layak untuk memerintah dan mengurus tadbir Negeri Sarawak ini.

Seterusnya mereka turut mempertikaikan hak keistimewaan bangsa lain, terutamanya di kalangan Bumiputera Sarawak. Kata mereka, kenapa kelebihan dan keistimewaan tersebut hanya diberikan kepada Bumiputera sahaja? Kenapa tidak diberikan kepada semua?

Kata mereka, adakah ini amalan di dalam Gagasan 1Malaysia? Tidakkah dakwaan sedemikian masuk akal bagi mereka yang tidak benar–benar faham mengenai Gagasan yang dicadangkan oleh Perdana Menteri itu?

Umpama senjata makan tuan, pihak yang membela Kerajaan seperti hilang arah untuk menangkis persoalan yang ditimbulkan oleh DAP itu.

Mereka dilihat gagal memberikan penjelasan secara konsisten mengakibatkan perkara itu terus terbenam dalam pemikiran pengundi kaum Cina.

Di sinilah kita dapat lihat kesilapan yang jelas dan nyata didalam parti komponen Barisan Nasional yang menjaga kepentingan bangsa Cina di Sarawak. SUPP jelas gagal untuk menjangka serangan sedemikian dan tidak pula mempunyai persiapan bagi menjawab pertikaian tersebut.

Maka timbul persoalan dikalangan masyarakat, apa yang SUPP buat untuk menjadi seteru tulen DAP di Sarawak ini? Tidak mungkin mereka tidak ada strategi untuk melawan agenda parti Chauvinis seperti DAP ini?

Kegagalan seumpama inilah yang membuatkan rakyat semakin musykil. Maka tidak dapat dielakkan juga persoalan seperti ini mula berlegar diminda rakyat:

“Sampai bila SUPP mahu mengharapkan Parti Bumiputera untuk terus menyokong mereka?” Sama – samalah kita fikirkan. -MediaUMNO

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    8:14 PM

    Saya rasis. Kepada kaum cina teruskanlah desakan demi desakan. Kami orang melayu dan pribumi yg sgt rasis ini sgt faham bahawa kamu, kaum cina, mahukan perkara 153 perlembagaan dimansuhkan. Itu shj yg kamu mahukan. Kami tidak akan berganjak dari perjanjian lama (1952).Jika mahu terus pinda perkara 153 ini silakan. Kelak kamu juga akan merasai kesengsaraan. Harta benda kamu tidak akan menjadi munafaat lagi. Jom wahai Cina kita teruskan bersikap rasis. Kami Melayu dan pribumi bersedia kalah jadi abu, kamu akan mendapat arang.

Post a Comment