
Benarkah nyawa politik Anwar dihujung tanduk?
Benarkah Anwar terpaksa menjadi ‘pelacur politik’ dan membiarkan dirinya didagangkan oleh DAP kerana ‘nyawa politik’ beliau berada dalam tangan Pengerusi DAP, Karpal Singh?
Benarkah DAP menjadikan kes liwat Anwar sebagai strategi utama untuk mengawal Anwar kerana seperti didakwa Karpal, beliau memiliki bukti mengenai aktiviti liwat ketua pembangkang itu?
Benarkah Karpal menggunakan kes liwat sebagai alat untuk mencari keuntungan politik bagi DAP dan ini menjelaskan keadaan mengapa selama ini PKR menjadi ‘pak turut’ dalam pakatan pembangkang?
Sebab itu tidak menghairankan mengapa Karpal sanggup membuat ‘pusingan U’ dan bersikap lidah bercabang dalam isu pendedahannya pada 1997 di Dewan Rakyat dan Hotel Federal berhubung bukti aktiviti seks songsang Anwar.
Ke mana Anwar selepas ini?

0 Komen
Post a Comment