Al-Fatihah: Buat Semua Sukarelawan Malaysia, Baliklah Segera

Al-Fatihah, semoga roh allahyarham jurugambar BernamaTV, Norafaizul Mohd Nor yang telah meninggal dunia di Mogadishu, Somalia sebentar tadi (10.30 malam waktu Malaysia) setelah terkena tembakan yang dilepaskan oleh tentera African Union, ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Pemergian beliau, amat dirasai oleh semua warga media dan sahabat-sahabat blogger. Allahyarham merupakan Ketua Media dalam Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu ini, Faizul bermula 28 Ogos lalu.

Mengikut laporan, beliau terkena tembakan ketika bersama-sama sahabat-sahabat media yang lain ketika hendak masuk di perkarangan hotel.

Apapun, kini masanya untuk semua sukarelawan Malaysia di Somalia untuk mengambil langkah drastik untuk pulang ke tanahair. Jangan tumpahkan lagi darah anak Melayu dan Malaysia di negara orang.

Di saat orang-orang lain sedang meraikan bulan Syawal yang mulia ini bersama keluarga tersayang, keluarga faizul pula terpaksa melepaskannya pergi untuk bertugas di negara orang, namun hari ini, berita pemergian Allahyarham pastinya akan merobek hati kaum keluarga Allahyarham yang pastinya sedang menantikan kepulangannya untuk sama-sama meraikan Syawal yang mulia, namun sebaliknya.

Sahabat-sahabat, baliklah segera. Hentikan dulu soal Misi Kemanusiaan ini, kita ingin berbakti tapi adakah ini harga pengorbanan kita?
Published with Blogger-droid v1.7.4
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment