Rafizi Bangang –
Buktikan Penyalah Gunaan Kuasa Anwar 1997
Rafizi bangang, mendatangkan kemarahan penyokong pakatan
rakyat sendiri …. Sila rujuk blog Suara Pakatan Rakyat di sini …..
Tindakan Rafizi Ramli, selaku Pengarah Strategi PKR yang
menjadikan kes ‘penyalahgunaan kuasa’ Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1997 sebagai
rujukan untuk menyokong dakwaannya bahawa Perdana Menteri Najib turut
menyalahgunakan kuasa kerana melibatkan pegawai Pejabat Perdana Menteri dalam
urusan majlis pertunangan anaknya pada Jun 2011 memBUKTIkan bahawa Anwar memang
menyalah gunaan kuasa ketika memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada
tahun 1997.
Apa tujuan Rafizi menjadikan kes Anwar tersebut sebagai
contoh bila mana tidak ada seorang pun dari kami yang telah lama berjuang dalam
PKR ini yang percaya Anwar pernah melakukan kesalahan tersebut. Pada kami, kes itu adalah sebahagian daripada
konspirasi Mahathir untuk menjatuhkan Anwar dari jawatan Timbalan Perdana
Menteri yang disandang beliau ketika itu.
Kalau sudah terkantoi menipu, tanggung sendiri sajalah,
kenapa pula hendak membabitkan Datuk Seri?
Apakah Rafizi cuba menunjukkan kepada rakyat bahawa
Anwar juga pernah menyalahgunakan kuasa ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri
dulu? Adakah ini niatnya?
Fikirkan sendiri.
Adakah kenyataan Rafizi ini merupakan rekaan
UMNO dan BN juga?
2:06 AM
pendedahan yang menarik...terima kasih kerana melawat blog http://harapan-esok.blogspot.com