Misi Bantuan Kemanusiaan Palestin di bawah Biro Kebajikan UMNO Malaysia berlepas dari Ibu Negara awal pagi ini bagi merealitikan usaha menyalurkan bantuan kepada penduduk Palestin yang menjadi mangsa kezaliman Israel.
Sehubungan itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengucapkan selamat pergi, selamat berada di sana dan selamat kembali kepada anggota rombongan yang diketuai oleh Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
JASIN, 6 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Jasin hari ini mengambil inisiatif menyediakan sebuah van khas kepada semua pesakit Covid 19 di dalam parlimen Jasin utk membawa mereka yang positif ini ke Pusat Penilaian Covid19 (CAC).
Ketuanya, Dr Akmal Saleh berkata, antara permasalahan utama yang selalu terjadi pada saudara-saudara dan sahabat-sahabat yang positif Covid 19 adalah masalah kenderaan utk membawa mereka ke CAC (covid assessment centre) sebelum mereka di bawa ke PKRC MITC ataupun hospital.
“Kerana dengan peningkatan kes covid yg semakin tinggi, maka bebanan petugas kesihatan utk menyediakan kenderaan membawa mereka ini ke CAC juga adalah amat terhad.
Dengan risiko mendapat jangkitan, ada dikalangan saudara-saudara mereka tidak berani membawa mereka tanpa kelengkapan lengkap seperti PPE, ada juga di antara mereka yang tidak boleh memandu kenderaan sendiri disebabkan suami ataupun bapa sudah dimasukkan ke hospital terlebih dahulu.
Maka kita mengambil inisiatif untuk mengurangkan bebanan mereka yang positif ini di dalam Parlimen Jasin utk membawa mereka yang positif ini ke CAC,” ujarnya yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Melaka.
Tambahnya, perkhidmatan ini adalah secara PERCUMA berdasarkan kekosongan jadual van tersebut.
“Mana-mana individu yang ingin menggunakan khidmat ini, boleh menghubungi mana-mana AJK Pemuda UMNO Bahagian ataupun Ketua Pemuda UMNO cawangan masing-masing.
Kami faham kesukaran yang anda semua hadapi di saat begini, maka biarlah kesukaran itu kita kongsi bersama. Moga Allah melindungi kita semua,” ujarnya lagi.
Atas dasar prinsip yang tidak akan bernaung di bawah ‘pemimpin sewel dan berpenyakit’ maka secara rasminya saya istihar untuk tinggalkan PH!!
Saya sama sekali tidak akan bernaung dan berjuang untuk menobatkan ‘pemimpin sewel dan berpenyakit’ seperti anwar ibrahim untuk jadi PM9!!
Keseluruhan bangsa melayu dan umat islam di negara kita harus tolak anwar ibrahim daripada menjadi khalifah utama kita!!
Jangan sama sekali kita biarkan diri ditipu serta tertipu lagi oleh anwar ibrahim!! Dia manusia ‘fasiq’ dan ‘hipokrit!!’
Sesungguhnya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih serta penghargaan kepada presiden dan kepimpinan tertinggi parti Amanah yang telah meletakkan kepercayaan kepada saya untuk bertanding di kerusi parlimen jasin pada pru14 yang lepas.
Insya-Allah, dalam masa terdekat saya akan berjumpa dengan presiden parti Amanah untuk menzahirkan keputusan bagi menyerahkan balik kerusi parlimen jasin seterusnya meletakkan jawatan selaku penyelaras parlimen jasin berkuat-kuasa serta merta!!
Jutaan terima kasih dan penghargaan yang tiada terhingga kepada presiden serta keseluruhan kepimpinan tertinggi parti yang telah meluluskan keahlian saya menganggotai parti ini pada suatu masa dahulu.
Ketika berjuang di bawah platform parti Amanah telah meninggalkan pelbagai pengalaman manis kerana parti ini amat berdisiplin, ikhlas sesama sahabat dan keseluruhan pemimpin-pemimpinnya baik-baik belaka!!
Secara jujur dan ikhlas saya amat menyayangi semua kepimpinan tertinggi parti Amanah khususnya presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden dan anggota tertinggi parti ini.
Kalangan ini adalah para pejuang yang amat gigih!!
Hanya Allah swt saja yang dapat membalas budi baik seluruh pemimpin-pemimpin parti Amanah yang banyak membantu, mengacukan kareer politik serta membimbing saya di saat bertanding dan menjawat jawatan penyelaras parlimen jasin.
Namun, saya terpaksa berpegang pada prinsip politik dan agama yang sama sekali tidak akan bernaung di bawah kepimpinan PH yang kini dipengerusikan oleh anwar ibrahim!!
Kini, saya ingin lihat berapa jauh PH boleh pergi di bawah kepimpinan anwar ibrahim!! Pada hakikatnya, beliau tidak lagi relevan dalam lanskap politik tanahair!! Tambahan pula dia ‘manusia sewel serta berpenyakit!!’
Kadang-kala kita mampu untuk menipu sesama manusia tetapi dalam masa yang sama kita tidak akan berjaya untuk membohongi Allah swt.
Apapun situasinya, sebagai hamba Allah swt kita tak perlu risau kerana Dia Maha Mengetahui.
Secara jujur dan ikhlas, akhirnya rakyat secara total akan mengetahui secara lebih jelas siapa itu anwar ibrahim yang sebenarnya!!
Dalam masa yang sama, saya ingin menyeru pada semua pemimpin-pemimpin PH yang luhur dan berprinsip untuk tinggalkan PH secara beramai-ramai serta jangan sama sekali kita sokong pemimpin ‘fasiq’ serta ‘hipokrit’ macam anwar ibrahim!!
Dia hanya ‘syok sendiri’ dan tidak akan dapat memimpin PH ke tahap yang memberangsangkan!! Parti pkr itu sendiri kini bermasalah dan berpecah di bawah kepimpinan anwar ibrahim!!
Parti sendiri pun anwar ibrahim tidak mampu untuk memimpin apatah lagi nak pimpin gagasan PH yang lebih besar!!
PH akan hancur di bawah kepimpinan anwar ibrahim!! Jangan mimpi PH akan mampu untuk memenangi pilihanraya umum lagi bagi membentuk kerajaan pusat sepertimana pada pru14 yang lepas!!
Ianya hanya akan menjadi bahan sejarah semata-mata dan PH akan terkubur buat selama-lamanya dalam sedikit masa lagi!!
PH bukan lagi platform yang sesuai untuk kita berjuang bagi selamatkan negara kerana pengerusi masakini pun seorang pemimpin yang tidak selamat untuk kita semua!!
Hanya ‘orang gila’ saja yang sanggup bernaung serta berjuang di bawah kepimpinannya!!
Allah swt tidak akan memberkati sesiapa saja yang menyokong pemimpin ‘songsang’ yang ‘sewel’ dan ‘berpenyakit!!’
Seandainya, kita hendak selamatkan negara; tolaklah anwar ibrahim secara total dan jangan sama sekali mengizinkan anwar ibrahim untuk jadi perdana menteri malaysia!!
Bangsa, agama dan tanahair akan hancur jika anwar ibrahim menjadi pemimpin utama kita!! Yakinilah...!!
Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
7 Julai 2020
PERTAMA, rakyat memberikan BN dan Muafakat Nasional kepercayaan dan undi mereka dengan lebih tinggu untuk BN meraih kemenangan besar dengan majoriti 12,650 undi, iaitu tertinggi dalam sejarah DUN Chini.
Calon BN PRK DUN Chini, Sharim Md Zain memperoleh 91% daripada keseluruhan undi atau 13,872 undi daripada keseluruhan 15,231 undi.
Ini adalah rekod luar biasa jika dibandingkan dengan pencapaian BN dalam pilihanraya-pilihanraya sebelum ini di Chini (dan di seluruh negara):
Keputusan pilihanraya DUN Chini:
PRU-11 (2004): 69.9% undi kepada BN
PRU-12 (2008): 70.2% undi kepada BN
PRU-13 (2013): 72.6% undi kepada BN
PRU-14 (2018): 60.8% undi kepada BN
PRK Chini (2020): 91.1% undi kepada BN
Ia menunjukkan isyarat bahwa rakyat semakin cenderung kepada BN dengan formula penyatuan UMNO-PAS dalam Muafakat Nasional.
KEDUA, jumlah turun mengundi yang mengatasi sasaran Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menunjukkan rakyat bersemangat untuk memberikan mandat kepada BN dan MN.
SPR mensasarkan hanya 70% akan keluar mengundi berikutan kekangan wabak Covid-19.
Bagaimanapun, jumlah turun mengundi mengundi sebenar adalah seramai 74% daripada keseluruhan pemilih berdaftar.
Ia menunjukkan isyarat yang rakyat begitu bersungguh mahu menyatakan ‘suara’ mereka melalui peti undi, meskipun terkekang dengan situasi semasa seperti wabak COVID-19.
KETIGA, kebanjiran jentera dan penyokong BN dan MN yang ramai menunjukkan jentera parti mempunyai semangat dan moral yang tinggi.
Meskipun DUN Chini merupakan kubu kuat BN dan telah dijangka menang, namun jentera BN dan PAS dengan semangat Muafakat Nasional dari serata negara tetap menggembeleng tenaga habis-habisan datang berkempen bersama jentera tempatan.
Ia menunjukkan isyarat yang jentera dan penyokong begitu berkobar-kobar mahu menyertai pilihanraya dan bersungguh mahu memenangkan parti.
KEEMPAT, kemenangan kali keenam pilihanraya kecil berturut-turut sejak 2019 adalah trend dan momentum yang baik untuk BN dan MN menuju PRU-15.
BN dengan muafakat bersama PAS telah memenangi kesemua enam pilihanraya kecil berturut-turut dengan peningkatan jumlah undi.
Lebih luar biasa, dua kerusi PH telah berjaya ditawan semula oleh BN iaitu DUN Semenyih dan Parlimen Tanjung Piai dengan majoriti besar iaitu 1,914 dan 15,086 undi.
Ia menunjukkan isyarat bahawa BN dengan formula Muafakat Nasional adalah disenangi rakyat dan sedang dalam momentum besar untuk Pilihanraya Umum ke-15.
KELIMA, BN berani mengengahkan muka-muka baharu untuk menang pilihanraya.
Dalam siri pilihanraya-pilihanraya kecil selepas PRU-14, BN telah mengetengahkan ramai muka baharu sebagai calon.
Antaranya Ramli Mohd Noor (Parlimen Cameron Highlands), Zakaria Hanafi (DUN Semenyih) serta Mohd Sharim Mohd Zain (DUN Chini), yang kesemua mereka telah menang.
Ini adalah isyarat bahawa BN sedia membariskan ramai muka baharu dalam PRU-15 akan datang bertepatan dengan kehendak akar umbi dan rakyat.
Pemerhati Politik
5 Julai 2020
*** Sumber
Contohnya, USA, UK, Hong Kong, Australia, Indonesia, Pakistan, Turki, Bangladesh, Sri Lanka, India, China, Jepun, Nepal dan Cambodia telah jual negara mereka kepada Malaysia.
Syarikat-syarikat Malaysia telah banyak melabur di negara-negara ini.
Syabas BN kerana telah membeli banyak negara!
Nampaknya Pakatan masih tidak faham konsep globalisasi.
#TolakpakatanPRU14 #KekalBN
Baru-baru ini Azwan yang muncul di SPRM dengan membawa 'bukti' mengenai penyelewengan, salah laku dan kehidupan mewah melampau dikatakan ada kaitan dengan abangnya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Bukti-bukti tersebut telah lama disimpan oleh Azwan sejak awal penglibatan dalam dunia seni sekitar 30 tahun lalu.
Dokumen-dokumen itu telah diserahkan oleh Azwan kepada Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Seri Azam Baki untuk di siasat dan membawa Azmin Ali ke muka pengadilan atas dakwaan rasuah.
Dalam pada itu, Setiausaha Azmin iaitu Suhaimi Shafiei turut mendakwa bahawa Azwan Ali telah berlakon untuk membongkarkan isu rasuah MB Selangor.
Apakah Suhaimi Shafiei sebenarnya melemparkan dakwaan tersebut kerana takut kehilangan pekerjaan selepas Azmin ditangkap SPRM nanti?
Atau cuba mengelirukan rakyat tentang apa sebenarnya telah berlaku?
Sekiranya Azmin Ali tidak bersalah,beliau akan di bebaskan daripada dakwaan tersebut. Namun begitu, apabila Setiausaha beliau menunjukan sikap "tidak senang duduk" seperti ini,maka tidak mustahil ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh kerajaan DAP Selangor.
Pasukan Penyelidikan Sulit Financial Times dan The Economist Intelligence Unit meramalkan Barisan Nasional akan menang pada PRU14 pada awal Januari 2017 lepas.
Media negara jiran juga meramalkan perkara yang sama. Alasan utama mengapa BN diramal menang adalah kerana pakatan pembangkang yang ada dianggap sebagai "fragile" dan tidak membentuk satu pasukan yang kuat.
Di Malaysia pula, pembangkang hanya mengharap kajian INVOKE yang membuat ramalan syok sendiri bahawa pembangkang boleh menang.
Atas banyak faktor boleh dikira kenapa Pakatan Harapan tidak boleh memenangi pilihanraya akan datang.
Jawapan mudah adalah mereka adalah “loose coalition” yang terikat atas sebab faktor berkongsi “benci” terhadap Barisan Nasional. Faktor ini tidak cukup kuat untuk mengalahkan Barisan Nasional.
Pakatan Harapan tidak ada satu matlamat “kenegaraan” atau kebaikan ummah selain hanya bermatlamat untuk menjatuhkan kerajaan berpaksi Islam semata mata.
Bukan sahaja kerana itu, bahkan mereka tidak dapat sekata untuk menamakan calon Perdana Menteri untuk dihidangkan kepada rakyat.
Dalam hati masing masing ada berniat untuk menjadi PM. Pengkhianatan dan pergaduhan pasti akan berlaku bila masing masing ada agenda peribadi sendiri.
Nama Perdana Menteri diumumkan oleh satu parti misalnya DAP, akan disangkal oleh parti lagi satu seperti PPBM melalui Mahathir.
Ini kerana masing masing dari mereka mahu menikam satu sama lain setelah mengetahui jumlah kerusi yang mereka perolehi nanti selepas PRU14.
Buat masa ini masing masing mahu menggunakan antara satu sama lain terlebih dulu.
Selain itu masing masing dari parti komponen Pakatan Harapan ini dipimpin oleh mereka yang miliki liabiliti tersendiri.
DAP , misalnya menghadapi krisis kepercayaan kepimpinan yang sangat meruncing. CEC entah ke mana. Tan Seng Giaw pula mahu disingkir dari DAP.
Lim Kit Siang sebagai contoh mahu menyerahkan kuasa hanya kepada anak nya, namun anaknya sendiri Guan Eng bakal masuk ke penjara.
Maka nyata sekali Kit Siang berada di dalam dilema kerana telah begitu lama menjadi pemimpin diktator DAP. Seng Giaw adalah pengganti popular. Jika Kit Siang teruskan niat gantikan dengan anaknya pasti sekali ahli ahli DAP akan memberontak.
PKR juga memiliki masalahnya tersendiri, puak Wan Azizah bersama anaknya Nurul Izzah sedang berhadapan dengan puak Azmin Ali.
Masing masing cuba menghalang kemaraan puak lagi satu. Pemilihan calon pada PRU14 akan menampakkan kerja sabotaj antara kedua pihak.
Ini kerana Azmin sudah tentu mahu mereka yang condong kepadanya sahaja yang menjadi calon. Namun Wan Azizah dan Nurul Izzah pasti sekali mahu orang mereka juga yang dipilih.
Maka pergeseran terjadi bukan sahaja terhadap parti lawan , bahkan sesama ahli dari satu parti juga. Ini semua untuk persedian merampas kuasa ketika pemilihan parti nanti.
UMNO setelah sekian lama menjadi parti tunjang negara , telah amat faham akan masalah ini dan sudah beberapa kali melaluinya.
Persaingan sesama ahli UMNO adalah umpama berkocak dalam gelas sahaja. Selepas selesai pemilihan, UMNO kembali lebih kuat hadapi parti lawan. Maka dalam hal ini UMNO lebih selamat, kukuh dan stabil.
Sebelum wujud Pakatan Harapan, telah pun ada pesaing Barisan Nasional, iaitu Barisan Alternatif dan kemudiannya Pakatan Rakyat.
Motif keduanya, iaitu BA dan PR sama juga dan hasilnya pun sama juga , iaitu kedua duanya menemui kegagalan.
Dikhabarkan Pakatan Rakyat lebih suka jika pilihanraya ke 14 diadakan lebih awal. Sebab itu minggu lepas Rafizi ramal PRU14 akan diadakan pada Jun 2017 ini.
Jika lebih lama dianjak tarikh PRU14 , maka kebocoran kecil pada bahtera mereka akan menjadi lubang besar yang boleh tenggelamkan bahtera mereka.
Namun , ada juga pihak yang berkata cepat atau lambat , PH tetap akan tewas juga.
PRU cepat akan membuatkan perundingan untuk kerusi, logo , kawasan serta jawatan yang ditempah akan mendatangkan keadaan kelam kabut.
Jika diseret lebih lama tarikh PRU14 pun PH akan hancur kerana kehabisan isu dan ketirisan “dana” serta perbalahan antara sesama mereka akan menjadi lebih besar.
Semalam bila PAS berpatah arang dan mahu tanding 80 kerusi. Sudah pasti PH akan bertempur tiga penjuru dengan PAS. PH akan hilang jentera parti yang paling kuat selama ini iaitu PAS.
Sebenarnya banyak lagi yang boleh dihurai, faktor faktor yang akan membenamkan PH sama seperti laporan yang dibuat oleh Financial Times.
Inilah dia rupa bentuk PH , dalam mereka menjaja secara persepsi bahawa negara dalam kegagalan , yakni “failed nation” sebenarnya Pakatan Harapan lah yang sebenarnya dalam kedudukan gagal.
Merekalah jenama yang tidak perlu dipilih dan harus ditolak. Pakatan Harapan adalah “Failed Coalition”. Itu sudah pasti.
Tulisan :
Tarikh: 29 & 30 April 2017
Masa: 08.30 pagi - 5.00 petang
Tmpt berkumpul: PDPA KL
Waktu: 0815jam (siap bersarapan)
Kod Pakaian:-
Lapor diri
-seluar track warna gelap
-tshirt oren
-kasut sukan
Latihan
-seluar tights hitam (L)
-pakaian renang warna gelap (W)
Peralatan wajib
-goggle
-kickboard
Terbuka kepada semua pegawai, NCO dan anggota telah tamat latihan asas pertahanan awam.
Kepada yang berminat, sila berhubung dengan Tuan Mohd Hafiz Rahim, Bahagian Latihan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Kuala Lumpur ditalian 03-26871404.
Bilangan tempat adalah terhad.
Boleh dikatakan ini musim berdebat.
Setelah Mahathir dicabar oleh Nazri Aziz untuk berdebat, kemudian bekas pegawai khas politik Mukhriz pula mencabar Mukhriz untuk berdebat mengenai kekayaan anak Mahathir.
Belum pun selesai isu pembatalan acara debat dan dailog antara Mahathir dengan Nazri , kini Tunku Aziz Tunku Ibrahim pula mencabar Lim Kit Siang “supremo” DAP untuk bedebat pula.
Kita belum pasti kedudukan perdebatan antara Mukhriz dengan bekas pegawainya namun kita sudah pun ketahui kedudukan keputusan debat antara Mahathir dan Nazri , iaitu mendapat halangan dari pihak polis.
Namun boleh dikatakan Mahathir telah terselamat dari di “grill” oleh Nazri Aziz , walaupun ramai pihak yang tidak berpengetahuan menyangka Nazri yang pengecut kerana mereka tidak tahu bahawa komandan komandan tua dan panglima tua yang mengelilingi Mahathir yang secara sulit berusaha mengagalkan acara debat itu.
Mereka dikatakan tidak mahu Mahathir tersepit dengan soalan dari Nazri kerana sekian lama Mahathir berceramah telah bebas menuduh dan memfitnah sesuka hati. Jika ada perdebatan dan jika Mahathir gagal kemukakan bukti maka kredibilitinya akan hancur.
Selain itu mereka menghidu perangkap kepada isu isu FOREX dan kronisma yang mustahil Mahathir boleh berbohong kerana Nazri dikatakan lebih arif dari rakyat biasa yang tidak tahu banyak hal di sebalik tirai.
Kini , muncul pula cabaran Tunku Aziz untuk berdebat dengan Lim Kit Siang yang pernah menjadi ahli tertinggi DAP dan juga pernah menjadi senator dari parti DAP.
Tunku Aziz mahu berbahas isu yang sangat menyakitkan hati Kit Siang iaitu gelaran “diktator dan DAP” sebagai tajuk dan fokus perdebatan.
Sehingga kini belum ada jawapan dari pihak Kit Siang atau pun DAP kerana cabaran baru di kemukakan semalam.
Namun , jika kebiasaan menjadi penilaian , sudah tentu cabaran ini tidak akan dilayan langsung.
Ini memandangkan DAP atau Kit Siang , sama juga tabiatnya seperti Mahathir, mereka tidak akan mahu tersepit atau terikat dengan apa apa yang bakal menyusahkan mereka dan membebankan mereka.
Kebiasaannya tokoh tokoh seperti Kit Siang atau Mahathir hanya lah menyerang atau pun mengenakan lawan sahaja. Mereka tidak gemar atau suka jika mereka berada di kedudukan yang kena serang.
Ketika Tan Sri Annuar Musa memberi hujah di parlimen pun Kit Siang sering menggangu ucapannya kerana tidak tahan kena serang. Ucapan Tan Sri Annuar kerap kali diganggu secara histeria oleh Kit Siang yang bermotif supaya kata kata Annuar tidak lancar dan tidak dapat disampaikan.
Arahan Speaker Dewan menyuruhnya duduk pun tidak diendahkannya.
Jadi , walaupun cabaran telah dibuat secara rasmi oleh Tunku Aziz, namun pasti sekali Kit Siang akan tolak mentah mentah.
Bahkan bukan sahaja ditolak, tetapi akan disertai dengan penghinaan dan kritikan.
Itulah DAP yang sebenar.
Sebenarnya DAP tersangat zalim, tetapi kezalimannya tidak ditunjukkan sepenuhnya memandangkan mereka sedang cuba memancing undi orang Melayu.
Tambah lagi , DAP berusaha mahu menjadi kerajaan di Putrajaya yang memerintah menggunakan badut badut dari kalangan orang Melayu.
Maka atas sebab itu DAP mengawal sedikit kezaliman mereka.
Berkenaan jawapan kepada debat yang dicadang oleh Tunku Aziz kepada Kit Siang. Boleh lah dibuat rumusan bahawa ia tidak akan terjadi. Sama juga dengan debat yang akan cuba dihalang oleh orang sekeliling Mahathir.
Mereka semua , iaitu Kit Siang dan Mahathir sudah selesa dengan keadaan sekarang, di mana mereka sahaja menyerang dan bebas memfitnah.
Debat boleh memalukan mereka , kerana debat ada giliran bercakap , tambah lagi pada setiap tuduhan pihak lagi satu boleh meminta bukti , debat juga ada lah “two way” yakni dua hala di mana selain menyoal, akan juga kena soal.
Tidak seperti ceramah , di mana pihak seperti Mahathir tidak dihalang menuduh apa sahaja cerita dan persepsi. Jadi di mana pula dakwaan hendak menyatakan Nazri takut kerana jika Mahathir tidak bercakap diruang debat dia boleh bercakap di ceramah.
Perkara yang sama akan dicakapnya. Bila bila sahaja Mahathir dengan bebas bercakap tanpa orang membidasnya jika di pentas ceramah.
Apa pun kita tunggu sahajalah apa yang akan dijawab oleh Kit Siang, kerana tidak seperti parti lain yang semua perkara harus dibawa kepada badan tertinggi untuk buat keputusan. Dalam DAP, Kit Siang itu sendiri adalah pendakwa, pembela dan penghukum dalam parti DAP.
Bila DAP hendak dedah cerita dana Zionis RM1.2 billion? Sudah setahun lebih senyap. Elok juga jika ada debat. Boleh Tunku Aziz tanya status dana itu.























