DAP akan bermasalah dan menghadapi bencana kalau bekerjasama dengan PAS. DAP juga berharap dan mahu Parti KeADILan Rakyat (PKR) memikirkan dan menilai semula hasrat mereka untuk kerjasama dengan PAS, kerana PKR sebagai parti pelbagai kaum ia harus berkerjasama dengan DAP.Itulah yang digambarkan Karpal Singh, setelah Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, parti itu tetap buka pintu kerjasama dengan DAP untuk membentuk pakatan dalam parti pembangkang dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang dan tidak ada sebab bagi DAP menolak hubungan kerjasama dengan PAS.
Apa yang nak diherankan, yang jelas kesediaan PAS untuk membuka pintu kepada DAP bagi menjalinkan kerjasama bagi membentuk pakatan pembangkang, terutama dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang bukan sahaja dilihat sebagai satu usaha terdesak tetapi bangkrap idea dan tidak lebih sekadar gimik politik semata-mata yang sememangnya perkara yang lazim dilakukan pembangkang menjelang pilihanraya.
Ia hanyalah sandiwara, kerana selama ini mereka tetap bekerjasama antara satu sama lain, yang jelas tujuannya hanyalah satu, menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dan mereka akan buat apa sahaja demi mencapai matlamatnya itu.
Persoalannya sekarang, di manakah letaknya maruah DAP, di manakah hala tuju Keadilan dan di manakah harapan PAS untuk membentuk satu pakatan Barisan Alternatif, yang kononnya mampu menggugat penguasaan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum akan datang.
Biarlah apa sahaja impian dan harapan mereka, kita yakin kerjasama yang ingin dijalinkan itu tidak akan ke mana kerana masing-masing mempunyai agenda peribadi dan sentiasa diselubungi perasaan saling tidak percaya mempercayai antara satu sama lain.
Tidak seperti BN, kerjasama dan perkongsian kuasa yang diwujudkan oleh BN sejak sekian laman bukan sahaja unik, konsisten tetapi pemuafakatannya jelas berlandaskan kepada keikhlasan.
IMBASAN: DAP dan Pakatan Pembangkang
1990: Menyertai Gagasan Rakyat yang dianggotai Parti Melayu Semangat 46, Parti Rakyat Malaysia, parti Progresif India dan Kesatuan India Muslim Malaysia
1995: Meninggalkan Gagasan rakyat kerana Semangat 46 mempunyai hubungan dengan satu lagi pakatan pembangkang, Angkatan Perpaduan Ummah yang disertai PAS, Semangat 46, Hamim dan Berjasa
1999: membentuk kerjasama dengan Keadilan, PAS dan PRM dengan menamakan pakatan mereka sebagai Barisan Alternatif
2001: Meninggalkan pakatan pembangkang yang dinamakan Barisan Alternatif kerana tidak mampu menyelesaikan isu penubuhan negara Islam oleh PAS.
WALAUPUN PILIHANRAYA TIDAK TELUS: PAS TETAP AKAN BERTANDING
Dalam perkembangan lain, PAS tetap akan bertanding dalam pilihanraya umum yang akatan datang, walaupun sebelum ini mereka mendakwa pilihanraya di Malaysia tidak adil, tidak telus dan SPR dikatakan berat sebelah kepada Barisan Nasional.
Hasrat ini dinyatakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bertujuan untuk memulihkan demokrasi negara yang telah pincang dan menyelamatkan nasib rakyat jelata yang semakin terbeban selama ini.
PAS akan terus bersama rakan-rakan Barisan Alternatif (BA) dan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam agenda menuntut demokrasi yang adil dan akan menyertai pilihan raya sebagai jalan dan peluang untuk memulih demokrasi yang telah dirosakkan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini
“Dalam masa yang sama PAS akan terus meningkat perjuangan bersama rakan BA dan NGO supaya berlaku reformasi dalam demokrasi negara ini dan kita bersama-sama akan berdepan dengan pilihan raya walaupun wujud peraturan-peraturannya yang tidak adil. Kita masuk bertanding supaya rakyat dapat diselamatkan melalui demokrasi bukannya ditipu dan diperbodohkan melalui demokrasi”, ujarnya yang aku petik dalam laman web harakahdaily.


10:54 AM
dah tertegak pun demokrasi di malaysia ni la wahai haji hadi.... diorang mesti nak bertanding... biasala org gile kuasa... teringin nak jadi mb lagi la tu...