Demi Untuk Elizabeth Wong: Dalam Masa 2 Bulan Tanah Yayasan Selangor DiGADAI Khalid?


Jawatankuasa Bertindak, Saya Anak Yayasan Selangor hari ini mempersoal mengenai status Lot Tanah PT 4221 dalam daerah Klang yang dimiliki penuh oleh Yayasan Selangor, namun tanah itu kini dikatakan telah diberikan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor untuk dibangunkan sebagai Pusat Kebudayaan Cina.

Pengerusinya, Badrulzaman Baharuddin berkata, apa yang menjadi tanda tanya dan persoalannya ialah, mengapa tanah milik Yayasan Selangor yang perlu diberikan, dan bukannya tanah lain?

“Adakah kerana kedudukannya yang strategik atau ada agenda tertentu untuk merampas aset milik Yayasan Selangor secara halus?

Kami jua memperolehi maklumat bahawa urusan pemberian tanah ini sebenarnya berlaku dalam tempoh masa yang cukup singkat iaitu dari surat bertarikh 21 Mac 2011 yang dikeluarkan oleh Elizabeth Wong kepada Menteri Besar, serta kelulusan yang diperolehi pada 18 Mei 2011.

Tempoh kurang dari dua bulan yang dibuat dilihat begitu tergesa-gesa dan meragukan. Siapakah sebenarnya yang membuat keputusan ini? Kenapakah tiada perbincangan dengan pihak Yayasan Selangor terlebih dahulu sebelum keputusan dibuat?,” ujarnya mendedahkan satu lagi penyelewengan yang berlaku dalam urus tadbir Kerajaan Negeri dan Yayasan Selangor.

Tambanya, surat yang dikeluarkan oleh  Elizabeth Wong juga dibuat secara sambil lewa dan dilihat begitu angkuh sekali apabila dengan mudah memohon Menteri Besar menyerahkan tanah tersebut. Hakikatnya, beliau sendiri sedia maklum bahawa tanah yang beliau minta itu adalah tanah milik penuh Yayasan Selangor.

Tindakan Elizabeth Wong yang terang-terangan berhasrat untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai Pusat Kebudayaan Cina jelas menunjukkan bahawa beliau langsung tidak menghormati sensitivity kaum-kaum lain yang berada di Klang terutamanya India dan Melayu.

“Pada dasarnya kami percaya pihak Yayasan Selangor sebenarnya masih lagi cuba untuk mempertahankan tanah tersebut kerana ianya merupakan aset penting Yayasan Selangor. Malah, jika difikirkan dari segi keperluan untuk menjana pendapatan, pihak Yayasan Selangor sendiri boleh membangunkan tanah itu tanpa perlu menutup asrama yang ada di Kuala Lumpur.

Ini akan memberikan peluang kepada pelajar untuk terus tinggal di asrama dan dalam masa yang sama mampu menjana pendapatan. Kami berpendapat bahawa pihak Yayasan Selangor sebenarnya telah dipermainkan oleh pihak Kerajaan negeri demi kepentingan pihak-pihak tertentu,” ujarnya lagi.

Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Bertindak, Saya Anak Yayasan Selangor menuntut penjelasan dari pihak kerajaan negeri berhubung perkara ini dan apakah status sebenar tanah tersebut. Kenapakah pihak Yayasan Selangor sendiri tidak membangunkan tanah tersebut?

“Kenapa perlu berlaku penutupan asrama sedangkan Yayasan Selangor masih boleh survive dengan aset-aset yang ada?,” tambahnya lagi.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

131 Komen

Post a Comment