Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, sekalipun tidak maju sepenuhnya, nilai kerajinan yang dijadikan amalan hidup itu pasti akan menjadikan kaum Melayu lebih maju berbanding sekarang.
Mereka hanya hendak dapat untung... tindakan itu pula tidak boleh menjadikan seseorang itu kaya, jika pemberian lesen itu diberhentikan oleh kerajaan maka habislah. Bagi mereka yang beli dan guna lesen itu pula sudah pasti akan lebih maju dan kekal dalam perniagaannya, jadi sekarang faktor rajin dan tidak rajin adalah faktor penting sama ada Melayu hendak maju atau tidak.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah bertajuk Membina Kekuatan Bangsa pada Kolokium Mengantarabangsakan Melayu di Taiping Golf Resort, pada 13 Mei lalu, anjuran Biro Hubungan Antarabangsa dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Pemuda UMNO Malaysia.
Menurut Mahathir, masyarakat Melayu juga perlu menolak amalan rasuah kerana ia boleh menghancurkan bangsa dan Negara. amalan rasuah perlu diperangi sebagaimana kerajaan memerangi ancaman dadah hingga menjadikan masyarakat umum di negara ini begitu membenci najis tersebut. Amalan rasuah jelasnya, boleh menjadikan sesebuah kaum itu hilang maruah kerana tidak malu lagi untuk melakukannya bagi mendapatkan sedikit upah.
‘‘Banyak bangsa di dunia tidak dapat maju hanya disebabkan amalan rasuah, jadi jika orang Melayu masih mengamalkan rasuah, maka tidak mungkin kita akan maju. Bila rasuah menjadi-jadi sampai ke peringkat tertinggi maka ia sudah jadi budaya dalam masyarakat, lama-kelamaan kita sudah tidak ada kebolehan kerana semuanya berlaku akibat rasuah,” ujarnya.
Kritikan Tun M untuk lihat kerajaan dan UMNO lebih kuat dan lebih kukuh
Sebagai bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Tun Mahathir menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa beliau kini menyokong parti pembangkang. Dr. Mahathir menegaskan, tujuan beliau membuat kritikan terhadap kerajaan selama ini adalah semata-mata untuk melihat kerajaan dan UMNO menjadi lebih kuat dan terus kukuh.
‘‘Kalau kita sokong UMNO secara membuta tuli dan tidak berpegang kepada prinsip perjuangan, UMNO akan jadi lemah akhirnya”.


5:43 PM
Sebab itukah mereka melarang TDM membuka mulut?
10:48 AM
sape yg larang, buktinya di Taiping tu...
11:09 AM
Apa buktinya? Kalau student pun dipanggil balik selepas datang mendaftarkan diri di Taiping Golf Resort.
Kerana itu program politik kononnya?