Pemuda BN Sedia Gempur Tidak Kira DAP, PAS mahupun KeADILan

Datuk Azimi Daim [Ketua Penerangan Pemuda UMNO]:

Pemuda BN dan Pemuda UMNO sudah Sedia Gempur! Biar berapa banyak kerusi yang ingin ditandingi oleh DAP, ADIL, Pas atau mana-mana parti pembangkang.

Rekod cemerlang BN dan UMNO jelas di banyak pilihanraya, termasuk Kuala Berang, Pengkalan Pasir, Batu Talam, Machap dan terbaru di Ijok.

PAS, ADIL dan DAP yang mempamerkan sandiwara, politik perkauman, keganasan dan budaya samseng ditolak rakyat, sebaliknya perkongsian bijak BN untuk keamanan, kemajuan pendidikan, kemakmuran dan perpaduan menjadi pilihan masa depan pengundi

Kekalahan di Machap dan Ijok adalah kesan sandiwara lapuk Barisan Alternatif yang ditolak mentah-mentah oleh rakyat yang berfikiran rasional. Pakatan mereka akan pasti hancur selepas pilihanraya umum nanti.

Masing-masing hanya berusaha keras memenuhi cita-cita dan agenda tersendiri sebaliknya tidak langsung mempedulikan agenda rakyat dan bangsa.

Komponen BA yang kebanyakannya diasaskan atas dasar kekecewaan akan pasti juga mengecewakan rakyat dengan janji dan perjuangan kosong mereka.

Di Ijok mereka tidak menjanjikan pembangunan, tetapi sibuk memfitnah dan memburukkan pemimpin BN. Kepada pengundi Melayu mereka hasut jangan undi calon kaum bukan Melayu, kepada kaum India mereka dakwa kaum itu terpinggir, kepada kaum Cina mereka janjikan keadilan dan pembangunan seimbang.

Hanya setelah BN tanya mana pelan pembangunan, barulah ADIL terburu-buru nak cetak angan-angan dan rekaan janji kosong mereka.

Sebab itu majoriti penduduk Ijok tak percaya janji mereka, membenci budaya ganas serta perangai samseng jentera mereka dan tolak calon ADIL daripada mewakili DUN Ijok.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment