Pemuda Barisan Nasional telah menubuhkan "Jawatankuasa Pemuda Barisan Nasional untuk Rayuan Kemasukan Pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)". Jawatankuasa ini akan dianggotai oleh kesemua Pengerusi Biro Pendidikan Parti-Parti Komponen Pemuda Barisan Nasional dan dipengerusikan oleh Ahmad Ikmal Ismail selaku Pengerusi Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Para pemohon haruslah mengisi borang rayuan melalui UPU online dan menghantar sesalinan rayuan ini termasuk salinan sijil-sijil ko-kurikulum dan sebagainya ke Ibu Pejabat Pemuda BN di alamat:-
Rayuan kemasukan ke IPTA – Peringkat Lepasan ( SPM / STPM )
Tingkat 28, Menara Dato Onn,
Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur
Para pelajar juga boleh menghantar salinan rayuan ini dan sijil-sijil ke ibupejabat - ibupejabat pemuda parti komponen BN. Semua rayuan dari setiap parti komponen akan diselaraskan di peringkat Jawatankuasa selepas tarikh tamat.
Tarikh akhir Jawatankuasa akan menerima salinan rayuan adalah 16 Mei 2007 untuk lepasan SPM serta setaraf dan 7 hari selepas keputusan diumumkan untuk kemasukan lepasan STPM dan setaraf.
Antara faktor yang amat penting adalah 10% markah ko-kurikulum. Polisi ini adalah untuk memastikan bahawa para pelajar bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik malah aktif dalam ko-kurikulum. Ini akan memastikan sistem pendidikan kita dapat melahirkan individu-individu yang pandai dan mempunyai 'soft skills' yang bagus apabila memasuki pasaran pekerjaan kelak.
Jawatankuasa ini akan berbincang dengan YB Dato' Mustapa Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi untuk mempertimbangkan kemasukan pelajar-pelajar yang telah menyampaikan rayuan kepada kami.

Ini adalah antara usaha Pemuda Barisan Nasional untuk memastikan seramai mungkin anak-anak muda negara ini diberi pendidikan dan pengisian ilmu supaya mereka akan dapat sama-sama membangunkan Negara pada masa hadapan

0 Komen
Post a Comment