PAS sudah tidak mempunyai keupayaan untuk memerintah dan mentadbir Kelantan. Bila PAS menang pun, mereka tidak boleh buat apa-apa, tidak kira di peringkat pusat mahupun di negeri, kerana PAS masih merupakan parti minority.Itulah yang diluahkan oleh bekas PM kita, Tun Mahathir Mohamad. Sebagai pemimpin UMNO yang tulen, beliau tidak mahu melihat Kelantan terus diperintah PAS.
“Kalau PAS memerintah Kelantan, ia bukanlah sesuatu yang luar biasa. Sekian lama pun PAS perintah Kelantan juga, tidak bermakna Kerajaan Pusat tidak boleh menolong rakyat Kelantan kerana Pusat lebih kuat” ujar Tun Mahathir selepas menyampai syarahan Perdana Tahunan Majlis Tindakan Rakyat kelantan (MRTK) di Kota Bharu.
Tun Mahathir kata, pilihanraya di Negara ini berjalan dengan demokratik yang membolehkan rakyat menukar parti setiap kali pilihanraya umum diadakan.
Rakyat Kelantan bertanggungjawab untuk menentukan masa depan mereka sendiri kerana Malaysia mengamalkan demokrasi, rakyat boleh gunakan proses pilihanraya itu untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pemimpin termasuk kerajaan dengan memberi kemenangan kepada pihak lawan jika tidak memimpin dengan baik.
BN menang di Ijok baru-baru ini, bagi Tun Mahathir…. Kalau sokongan pengundi di kawasan itu benar-benar ikhlas, ia membuktikan kepimpinan kerajaan ketika ini tetap disokong rakyat.


11:52 AM
Kenapa setakat itu sahaja ?
Ada lagi Dr M sebut.
Dia kata PAS kena kekal di Kelantan kerana itu amat penting dalam mengekalkan check and balance dalam senario politik tanahair sekaligus mengekang keangkuhan parti pemerintah yang teramat cenderung untuk " gone overboard ".
http://penembakbadak.wordpress.com/2007/05/07/biarkan-pas-menang-di-kelantan-demi-kebaikan-malaysia/
Kenapa mesti melapor setengah dan menyembunyikan setengah lagi ? Kenapa separuh dari lembu perlu menjadi kambing ?
Adakah itu etika tipikal bagi wartawan media arus perdana Malaysia ?