Entah ......

Aku pun tak tahu nak story apa sejak kebelakangan ini. Rasa macam bosan jer, idea pun dah kering sejak kebelakangan ini.

Kepada sahabat-sahabat, ada idea tak? Apa aku nak buat untuk biro baru aku ..... Biro Anti Dadah & Gejala Sosial GPMS. Mohon bantuan semua.

Saper-saper ada cadangan, call atau sms aku: 019- 606 9506. Tq
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. Putera UMNO berkwn dgn mat rempit (dgrnye nak tarik mereka ke xtvt yg lebih berfaedah).

    Apa kata tuan sahabatgunung pegi lak berkwn dgn penagih dadah ker, pengedar dadah ker...

    apa kata tuan sahabatgunung pegi juga berkwn dgn GRO, pon-pon, prostitute, kwn mereka, kwn kepada kwn mereka...

    selami masalah diorg, cari punca mrk terlibat, selamatkan diorg...

    kalau setakat launching biro je wat pe, alih2 kaum kerabat sendiri yg terlibat...

    xpun, bila dah berkwn rapat dgn diorang, sahabatgunung ajak diorang buat xpdc gi planet musytari lak... apa kelas terjun kt kutub!

  2. Anonymous
    11:07 AM

    Menarik juga cadangan Tuan Gaban nie. Tapi saya ada satu lagi cadangan yang lebih praktikal....

    Apa kata tuan SahabatGunung kembali kepada asas perjuangan GPMS.... apa asas GPMS?

    Asas GPMS itu ialah Pelajar Melayu dan pendidikan. Oleh yang demikian, gunakan biro Tuan sebagai alat penting untuk pelajar-pelajar Melayu mendapat pendidikan untuk mengelakkan diri dari terlibat dengan najis dadah dan gejala sosial yang lain.

    Ia mudah sahaja. Orang muda suka benda-benda baru dan yang mencabar. Oleh yang demikian, Tuan buat program-program yang mereka suka.

    Tuan sendiri suka naik gunung. Bila Tuan naik gunung dengan sahabat-sahabat Tuan, ertinya tuan beriradah sambil mendapat kesihatan yang lebih baik.

    Why not Tuan buat program begini untuk para pelajar. Tentu mereka berminat, dalam masa yang sama GPMS ambil kesempatan ini menanam semangat 'BENCI DADAH, BENCI MASALAH SOSIAL' di kalangan para pelajar Melayu.

    Itu sekadar cadangan, biarlah Tuan dengan cara Tuan, bab mereka yang dah terjebak tu, kita masih ada PEMADAM, atau badan-badan kebajikan yang lain untuk handle.

    Tuan, buat operasi pencegahan. Mencegah lebih baik dari mengubatai. Sekain, terima kasih.

Post a Comment