Entahlah, sejak kebelakangan ini, aku rasa macam malas jer nak menaip, nak update blog aku yang tak seberapa ini. Aku rasa bosan sangat. Aku rasa macam nak tutup jer blog aku ini.
Aku rasa diri aku ak bebas ....... bebas dari penjajahan minda. Aku rasa diikat tangan dan kaki.... mulut ditutup untuk berkata, mata aku ditutup untuk melihat kebenaran dan kesalahan.
Apa yang harus kulakukan?
Tahniah Datuk Subahan dan Biro Pengaduan Awam.
Dalam kesempatan ini, aku nak ucapkan tahniah kepada Datuk Subahan Kamal, Pengerusi Biro Pengaduan Awam Pemuda UMNO Malaysia menunjukkan rasa keprihatinan terhadap masyarakat apabila membantu menjejaki kehilangan remaja cacat terencat akal, Mohd. Azman Mohamad Jawat, 22, yang telah hilang sejak dua tahun lalu iaitu November 2005.

Tegas Datuk Subhan Kamal, pergerakan Pemuda merasa bertanggungjawab untuk membantu keluarga Puan Harmini Hormat, ibu kepada Mohd. Azman Mohamad Jawat. Kita meminta jasa baik semua pihak untuk sama-sama membantu keluarga ini menjejaki anak mereka yang hilang sejak dua tahun lalu dan sehingga kini gagal ditemui walau pelbagai usaha telah dilakukan.
Menceritakan kembali detik kehilangannya, Puan Harmini menyatakan bahawa Mohd Azman dilihat menahan teksi di kawasan perumahan mereka di Desa Mentari dan tidak pulang ke rumah sehingga ke hari ini.
Keesokannya, berita mengenai kehilangan ini dikeluarkan akhbar telah membawa kepada berita gembira buat Puan Harmini, apabila dimaklumkan bahawa anaknya selamat dan berada di sebuah pusat kanak-kanak di Klang.
Alhamdulillah, bagi aku Subahan telah melaksanakan tanggungjawabnya. Tahniah dan terima kasih juga kepada pihak media yang berusaha menyiarkan berita kehilangan ini walaupun sudah 2 tahun kehilangan Azman, yang telah membawa berita mengembirakan buat keluarganya.
Semoga kerjasama yang terjalin antara media dengan masyarakat akan terus menjamin keselesaan dan keharmonian antara satu sama lain. Good job bro ¡!!

1:37 PM
BRAVO DATUK SERI SUBAHAN KAMAL. TAHNIAH DIATAS PRIHATIN DATUK SERI.