Ezam sudah meninggalkan Parti Keadilan Rakrat (PKR). Samaada realiti atau fantasi, Ezam Mohd. Nor kini bukan lagi ahli PKR atau mana-mana parti.Ke mana haluan Ezam. Adakah dia akan kembali ke pangkuan UMNO atau bersama PAS untuk meneruskan perjuangan politiknya selepas meninggalkan PKR, walaupun beliau menafikan untuk menyertai parti lain tetapi menumpukan perhatiannya pada Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (GERAK).
Persoalannya, mengapa sekarang? Sedangkan Naib Presiden PKR, Azmin Ali menyifatkan tindakan bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Mohamad Ezam Mohd. Nor keluar parti sebagai tidak mengejutkan kerana mendakwa telah menghidu tindak-tanduk dan perancangan Mohamad Ezam itu sejak empat tahun lalu.
Kalau benar dakwaan Ezam bahawa PKR tidak dipimpin dengan matang malah dikuasai secara eksklusif oleh golongan tertentu yang berkepentingan peribadi sehingga menyebabkannya lemah. Kenapa tidak tinggalkan sahaja PKR, 4 tahun lalu.
Menurut Ezam, perebutan jawatan dalam pemilihan parti baru-baru ini jelas membuktikan kepimpinan PKR yang tidak matang. Walaupun beliau tidak bertanding dalam pemilihan itu bagi mengelakkan pergolakan selain cuba untuk terus bertahan dalam parti tetapi langkah ini tidak difahami oleh ahli-ahli. Mereka sebaliknya tetap berebut jawatan sehingga penyokong menjadi keliru dan berpecah. Atas sebab itu, Ezam keluar PKR.
Bagi Ezam, apabila berlaku perebutan, ia bererti ahli-ahlinya tidak muafakat dan bersatu walaupun atas alasan bagi mendapatkan pemimpin dan kepemimpinan yang terbaik. Namun pemimpin yang terbaik tentunya boleh menyatupadukan ahli dan memberi tumpuan kepada soal pembangunan dan kemajuan negara berbanding bertelagah sesama sendiri.
Ezam pernah berjuang bermati-matian untuk DSAI, malah beliau pernah dikatakan mempunyai hubungan intim dengan Puteri reformasi yang juga merupakan anak DSAI, tetapi berbaloikah perjuangan Ezam untuk idolanya itu.
Adakah Ezam tersilap pilih idola, yang menyebabkannya merengkok beberapa tahun dalam tahanan ISA. Bagi Ezam, DSAI bukanlah seorang diktator tetapi ada tindakan-tindakannya melalui proses itu, tetapi ia bukan sebab utama beliau keluar parti sebaliknya perlakuan politik melampau dalam parti menyebabkannya hilang kepercayaan dan tidak perlu lagi bersama PKR dalam perjuangannya.
Ke mana hala tuju politik Ezam selepas ini. Mungkin di kalangan ahli UMNO terutamanya rakan-rakan lama Ezam, berita ini membawa perkhabaran gembira, namun sejauhmana penerimaan ahli-ahli UMNO sekiranya Ezam kembali dalam UMNO.
Bagi aku, buang yang keruh, ambil yang jernih. Tidak salah Ezam kembali semula bersama UMNO, Ezam juga berwibawa dan berkarisma. Banyak yang boleh dilakukannya untuk agama, bangsa dan negara.....


0 Komen
Post a Comment