PILIHANRAYA UMUM ~ Pemuda Tidak Bercadang Minta Tambah Kerusi

Pemuda UMNO Malaysia tidak bercadang mendapatkan tambahan kerusi pada pilihan raya umum akan datang, memandangkan jumlah kerusi yang diperuntukkan kepada pergerakan itu pada pilihan raya umum lepas sudah cukup besar iaitu 56 kerusi.

Dari 56 kerusi yang diperuntukkan, hanya enam wakil Pemuda yang kalah kepada lawannya.

“Amat tidak adil jika kita minta jumlah yang lebih besar daripada jumlah yang telah diberikan kepada Pemuda pada pilihan raya terdahulu”, ujar Dato’ Sri Hishammudin Hussein, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Putera UMNO Sambut Ulang Tahun ke-2

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini menyambut ulang tahun kedua penubuhan Putera UMNO dalam satu majlis ringkas selepas mesyuarat Exco Pergerakan.

Majlis memotong pulut kuning itu dilakukan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dato' Sri Hishammuddin Hussein, Naibnya, Khairy Jamaluddin, Setiausaha, Datuk Abdul Rahman Dahlan, Bendahari, Datuk Ab Hamid Nazahar, Pengerusi dan Timbalan Biro Putera UMNO Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim , Wan Azizi Datuk Seri Wan Mohamed sambil disaksikan exco-exco Pemuda UMNO.

Pelancaran Putera UMNO oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Stadium Hang Tuah Melaka pada 19 Jun 2005 bertujuan untuk mendekati golongan muda yang berumur antara 18 hingga 25 tahun. Kewujudan Putera UMNO bukan sahaja memastikan perjuangan parti terus relevan tetapi mampu menyesuaikan apa saja tindakan dengan cabaran serta kedudukan semasa.

Ternyata selama dua tahun penubuhannya, Putera UMNO telah membuktikan dan mencapai beberapa misi antaranya mendekati golongan Mat Rempit, mengadakan Skim Peluang Pendidikan Kedua, Misi Kemanusiaan Putera UMNO yang juga membabitkan bantuan di peringkat antarabangsa dan pelbagai lagi.

Terbaru Putera UMNO mencipta sejarah apabila diiktiraf sebagai pasukan ekspedisi sukan udara remaja yang pertama melakukan penerjunan bebas di Kutub Utara, di samping membawa dan merentangkan bendera terbesar di kawasan itu.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment