Calon proaspirasi diisytiharkan menang tanpa bertanding di kesemua 23 kerusi yang dipertandingkan sejurus proses penamaan calon pilihan raya kampus di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Penguasaan itu sekali gus mengekalkan rekod kemenangan buat kali kelima berturut-turut apabila tiada pihak yang menawarkan diri untuk bertanding menentang calon proaspirasi.
Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin berkata, kesemua kerusi diisytihar menang tanpa bertanding selepas proses penamaan calon yang berlangsung dari pukul 9 pagi sehingga tamat tempoh bantahan pada 12.15 tengah hari ini ditutup.
Daripada 23 kerusi yang dipertandingkan, tujuh adalah kerusi umum manakala selebihnya adalah kerusi bagi calon di peringkat pusat pengajian.
Pilihan raya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan berlangsung pada 2 Oktober ini.
Barisan proaspirasi dijangka meneruskan penguasaan di hampir semua IPTA.
Mengulas lanjut, Kamarudin berkata, tujuh calon kerusi umum yang menang tanpa bertanding adalah Mohd. Nizam Taslim Khan, Muhamad Qauyum Zawawi, Ong Hooi Tit, Mohd. Alwie Mohd. Syaiful, Nurfazatulakmal Mustafa Kamal, Izhar Helmi Ahmad dan Siti Khairunisa Mohmad Bajuri.
Jelasnya, calon peringkat pusat pengajian yang menang tanpa bertanding pula adalah Su Natasha Mohamad dan Abdul Majis Jamaludin dari Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Mekatronik; D. Fatimah Zahara Na Tasyaida Idris Ali (PPK Alam Sekitar); Som Chai a/p Nai Peroi serta Siti Aisyah Iliyas (wakil pelajar diploma).
Calon-calon lain adalah Ainu Fadzila Azhari dan Mohd. Tauffiq Adhwa Abdul Rashid (PPK Komputer); Teo Kar Phaik dan Anis Salwa Ahmad (PPK Pembuatan); Aqilah Azman dan Noor Zaimah Mohd. Mokhtar (PPK Bahan); Noor Azrina Talik Sisin dan Mohd. Nazrin Abu Bakar (PPK Mikroelektronik); Kanthan Rao a/l Krishnan dan Muhammad Saufi Selihin (PPK Sistem Elektrik) serta Nur Naznin Ishak (PPK Bioproses).

0 Komen
Post a Comment