Majlis Berbuka Puasa Bekas-Bekas Penghuni Hotel Mahameru

Assalammualaikum.

Apa khabar semua?

Hari ini adalah hari yang ke-15 kita semua berpuasa. Tahniah, buat mereka yang masih bertahan sehingga ke hari ini, manakala yang dah ‘ter...ter...ter... tu’, nak buat macam manakan.

Sempena bulan baik ini, saya bagi pihak sahabat-sahabat ‘penghuni Mahameru’ nak menjemput semua lanun, sahabat, dan rakan-rakan yang pernah menjadi ‘penghuni’ Hotel Mahameru untuk ke Majlis Berbuka Puasa Bekas-Bekas Penghuni Hotel Mahameru’.

Berikut adalah butiran program:-

Majlis : Majlis Berbuka Puasa Bekas-Bekas Penghuni Hotel Mahameru’
Tarikh : 5 Oktober 2007
Tempat : Hotel MAHAMERU, No 1, Jalan Sultan Salahuddin
50480, Kuala Lumpur
Masa : 5.30 pm


Sehubungan dengan itu, besarlah harapan saya agar rakan-rakan semua dapat memberi pengesahan kehadiran pada majlis tersebut. Takut... makanan tak cukup.

Kang.... kena maki plak penganjur kang, kalau makanan tak cukup.

Tapi rasanya, makanan tu bukanlah agenda yang paling penting tetapi adalah hubungan siratulrahim kita sebagai bekas-bekas penghuni, bekas-bekas pejuang GPMS dan paling penting, inilah masanya untuk kita kembali bersatu dan bersama.

Rasanya, dah lama kita tak berjumpa dan buat program kat ‘Hotel Mahameru’ ini, rasanya sejak zaman Datuk Suhaimi Ibrahim menerajui kepimpinan GPMS, 12 tahun yang lalu.

Okeylah.... buat sahabat-sahabat semua, tolonglah buat pengesahan untuk program ini.

Segala maklumat lanjut, sila hubungi:

Mohd Faizal : 019- 669 9506
Sabaruddin : 012- 265 3339
Dzulkafli (Angah) : 019- 361 8460


Tq.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment