Merujuk kepada tulisan aku sebelum ini, yang bertajuk ‘Berbalah di Cheras-Satu Malaysia terasa bahangnya’….. ada seorang sahabat memberikan komen ringkas ‘secara terang-terangan sahabatgunung ni rerupanye org azalina yea...’
Biar aku jawab persoalan tersebut: Secara ikhlas dan jujur, saya bukan orang Azalina Othman Said tetapi saya ahli UMNO. Idola saya ialah Tun Dr Mahathir Mohamad, pemimpin saya pada hari ini ialah YAB Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. `Abang’ saya Hishammuddin Hussein, `ibu’ saya, Rafidah Aziz dan `kakak’ saya Noraini Ahmad.
Saudara-saudara saya ialah semua orang-orang Melayu, umat Islam di Malaysia tidak kira ahli UMNO, PAS, keadilan, takde parti dan sebagainya.
Sehubungan dengan itu, tidak timbul isu saya orang Azalina. Apa yang saya coretkan sebelum ini ialah…. Luahan saya sebagai anak muda, yang melihat sedikit kecelaruan apabila Syed Ali mencadangkan Azalina sebagai Ketua Wanita UMNO pada pemilihan akan datang.
Saya terfikir dua kali gak, adakah saya tersilap tulis, tersalah tafsir atas komen saya tersebut.
Apa yang saya nak sampaikan sebelum ini ialah.... kesesuaian masa Syed Ali yang tidak bertempat, ketika kita sedang berfikir dan memantapkan pasukan BN untuk menghadapi pilihanraya umum, malah Pak Lah sendiri telah mengarahkan semua jentera bersedia hadapi pilihanraya umum dan lupakan dulu soal pemilihan parti.... sebagai pemimpin hebat seperti Syed Ali boleh bertentangan dengan kehendak dan nasihat kepimpinan parti. Itu sahaja.
Rafidah Aziz pun masih ok.... dia sendiri pun belum membayangkan kepada semua bahawa dia sudah bersedia untuk mengundurkan diri. Malah, kalau dia sudah bersedia pun, apa guna ada Naib Ketua Wanita, DS Shahrizat Abdul Jalil. Tidakkah Shahrizat yang sudah sekelian lama dalam wanita, tidak layak mengantikan bosnya.
Begitu juga dengan pemuda.... Abg belum buat kata putus lagi, tapi semua orang dah sibuk dok ‘canang’ KJ sebagai Ketua Pemuda akan datang. Tapi itu okeylah juga, sebab KJ sendiri sebagai Naib Ketua sekarang, sebagai orang no 2, bolehlah ganti orang no 1....
Tapi DS Hisham sendiri, malah KJ sendiri pun tahu, dan tidak cepat melatah dengan ‘cadangan-cadangan songsang’ yang diberikan, yang mungkin mempunyai agenda tersembunyi apabila mereka keluar dengan idea dan cadangan-cadangan tersebut.
Ini masa pilihanraya. Tumpukan dulu pada pilihanraya. Tapi sebelum pilihanraya yang Pak Lah sendiri belum dapat ilham, 2-3 hari lagi, kita akan BERHARI RAYA dulu.
Sehubungan dengan itu, sukalah sekiranya aku memohon ampun dan maaf buat semua, sekiranya selama persahabatan kita... tidak kiralah di alam nyata ataupun maya, ada tingkah laku saya, perbuatan, kata-kata malah tulisan saya yang menyinggung perasaan tuan-tuan/puan-puan.
Saya insan yang lemah, tidak sempurna. Saya maybe ada melakukan kesilapan-kesilapan tersebut.
Oleh itu... maafkan aku....maafkan aku.... maafkan aku.

0 Komen
Post a Comment