BERBALAH DI CHERAS- SATU MALAYSIA TERASA BAHANGNYA…..

Kerana nila setitik, habis susu sebelanga tumpah di Malaysia. Inilah `perumpamaan songsang’ yang dapat aku katakana terhadap kemelut yang berlaku di Cheras, yang hanya melibatkan Ketua UMNO bahagian tersebut, Datuk Wira Syed Ali Al-Habsee dengan Ketua Wanita bahagian tersebut, Datuk Faridah.

Bukannya apa, dek kita sibuk-sibuk buat persediaan menghadapi Pilihanraya Umum akan datang, tup-tup Datuk Ali menimbulkan isu hangat dengan mengeluarkan kenyataan untuk mencalonkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman said sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia akan datang.

Adakah Datuk Syed Ali sudah terlupanya dengan ‘budaya UMNO’. Tidakkah keterlaluan bagi mencalonkan Datuk Aza dalam keadaan wanita UMNO pada hari ini sedang menumpukan sepenuh perhatian untuk menghadapi pilihanraya umum, tidakkah cadangan ini akan menyebabkan Wanita UMNO boleh berpecah-pecah sekiranya mereka mengambil serius pandangan dan cadangan Syed Ali ini.

Apakah rasional dan keperluannya Syed Ali membuat cadangan ini? Adakah kerana marah dengan Ketua Wanita UMNO bahagiannya yang juga merupakan Pen Setiausaha Wanita UMNO Malaysia, Syed Ali cuba menimbulkan suasana hangat dengan menjadikan Azalina sebagai ‘kambing hitam’ dalam merealisasikan impiannya?

Tidak dinafikan, datuk Aza memang mempunyai karisma, berpendirian dan berani dalam perjuangannya dan boleh dikatakan layak untuk menerajui dan membawa pembaharuan kepada Pergerakan Wanita UMNO.

Bagi aku, Syed Ali merupakan pemimpin yang tegas, berani dan mempunyai pendirian yang tegas, mempunyai karisma dan ikhlas dalam perjuangannya. Ikhlas dalam membantu golongan kurang upaya, melalui Yayasan Pendidikan Cheras yang cukup berjaya melahirkan kumpulan pelajar yang suksess.

Tapi, cadangannya ini boleh ‘mengandaikan’ bahawa beliau mempunyai niat tersendiri yang condong untuk menghentam Datuk Faridah.

Bagi aku, ini bukanlah masa yang sesuai untuk berbicara soal pemilihan parti sebaliknya semua pemimpin dan ahli UMNO dan BN menjadikan agenda menghadapi pilihanraya umum sebagai keutamaan berbanding kempen raih sokongan untuk pemilihan parti.

Pemimpin yang hebat seperti Syed Ali sepatutnya kena sedar bahawa hakikat tanggungjawab memastikan kemenangan BN dalam pilihanraya umum akan datang harus diletakkan keutamaan, selepas kita menang selesa nanti, aku yakin pucuk pimpinan UMNO akan memberikan ruang dan peluang yang seluas-luasnya untuk membicarakan soal pemilihan parti, siapa yang hendak diberikan jawatan dan siapa pula yang hendak
‘dimandikan’.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. secara terang-terangan sahabatgunung ni rerupanye org azalina yea...

Post a Comment