“Langit tidak selalu cerah, kalau nanti dan menanti, tiada esok untuk kita. Tapi jika kita berusaha tanpa berlindung di balik penantian, esok masih ada dan esok untuk kita berjuang menebus hak dan maruah”.
Inilah kata-kata yang selalu diucapkan oleh seorang sahabat, seorang ‘abang’ yang juga merupakan senior aku yang telah membawa aku ke gelanggang perjuangan GPMS iaitu abang Ajak.
Dan kerana kata-kata inilah, rasanya sudah lama aku dan sahabat-sahabat aku di GPMS di Johor (dulu kitaorg bersama dalam GPMS Cawangan Tanjung Puteri) rindu untuk bersama berjuang, berkata-kata dalam gelanggang GPMS.
Rasanya dah hampir 13 tahun kami tak bersama dalam gelanggang GPMS. Semenjak Datuk Suhaimi mengambil alih GPMS pusat dari Dr Nordin Kardi, kami dipinggirkan, dihilangkan dalam gelanggang ini.
Tapi alhamdullillah, jika kita berusaha tanpa berlindung di balik penantian, esok masih ada.
Pada tarikh 20-22 November 2007, cukup bererti kepada kami. Kami telah berjaya bersama semula di program Gerakan Obor- Khemah Kerja Patriotik 2007 anjuran biro aku, Biro Anti Dadah & Gejala Sosial Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung di Savannah Hill, Ulu Tiram, Johor.
Seramai 60 orang peserta dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Impian Emas Skudai telah menyertai program ini. Bagi aku, ini merupakan program pertama biro aku semenjak terpilih menjadi EXCO dan diletakkan dalam biro ini.
Alhamdulillah, program ini telah berjalan dengan lancar, tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Ini semua menambahkan semangat aku untuk terus berkhidmat untuk GPMS, terus memberikan sumbangan kepada GPMS, terus berjuang untuk GPMS.
Dalam kesempatan ini, aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang menjayakan program tersebut. Angah, Abg Man, Abg Ajak, Abg Nizam, Abg Fauzi, Jerman, Apek, Mancot, Amy, guru-guru pengiring dari SMK Impian Emas serta kakitangan di Savannah Hill, Ulu Tiram.
Insya-Allah, kita akan bersama lagi di program-program akan datang.


11:03 AM
hidup MELAYU..!!!!
GPMS memang best..!!
tak kan luper jasa faci semua..!!
8:51 PM
HidUP mElaYU!!
ThaNks 4 EvErytHinG..
it's a precious MomEnT 4 mE..
GM60 bOlEh!
8:53 PM
PrOud tO bE hEre!
12:14 AM
Selamat berjuang untuk semua. Berjuang dalam bidang pelajaran, dengan menjadikan 'Belajar Terus Belajar' sebagai pegangan, untuk memajukan diri sendiri,keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara khususnya.
Jadilah pelajar terbaik di sekolah, jadikan cita-cita anda semua sebagai satu impian yang akan menjadi realiti pada satu hari nanti.
Good luck untuk semua peserta Gerakan Obor- Khemah Kerja Patriotik 2007.
Insya-Allah, kita akan bersama lagi di program-program akan datang.
Salam Perjuangan
Sahabat-Gunung9506
11:06 PM
Bahawa kami pelajar Sek. Men. Kebangsaan Impian Emas berikrar dan berjanji, menumpukan segala tenaga dan usaha merealisasikan kecemerlangan pembelajaran bagi mencapai Wawasan 2020
Kami pelajar Sek. Men. Kebangsaan Impian Emas, berterima kasih kepada ibu bapa / guru / masyarakat / pemimpin dan negara yang telah membantu dan berkorban demi kejayaan serta memperkasakan bangsa Melayu
Kami, pelajar Sek. Men. Kebangsaan Impian Emas, akan memastikan ketuanan dan memperkasakan bangsa Melayu terus kekal sepanjang zaman dengan CEMERLANG.., GEMILANG.., dan TERBILANG!!!
11:27 PM
renung-renungkan sekiranya:
'kita adlh generasi tanpa agama & tanpa ketenteraman,matahari kita sempit & cinta kita kekejaman,generasi muda tanpa kepemudaan!!!kita generasi tanpa ikatan,batasan & tanpa perlindungan drpd sesiapapun.
11:35 PM
Kemunduran org melayu agaknya krn sikap org melayu sendiri yg menutup pintu & tidak mahu berlapang dada menerima anjakan paradigma disamping tertutupnya pintu ijtihad disebabkan ketaksuban,keterlekaan & terbelenggunya gerakan pemikiran.Wahai org2 melayu jgn cpt melatah melainkan anda memang melatah.Siapalah saya utk berkata-kata,bukan penulis bukan siapa-siapa cuma seorg pelajar ting6 yang membuat pemerhatian melalui pengamatannya sndiri...