Artikel ini dipetik dari Utusan Malaysia, 7 Nov 2007
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Tahunan Pemuda pula mengarahkan ahli-ahli Pemuda agar tidak memandang remeh tanggungjawab mereka sebagai pengundi dalam pilihan raya.
Katanya, adalah sesuatu yang tragis apabila orang UMNO yang memegang kad keahlian dan bangga mendakwa mereka menyumbang kepada sebahagian daripada legasi hebat parti tidak menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih dalam pilihan raya yang menentukan survival bangsa.
“Maka, adalah menjadi tugas kita semua untuk menyedarkan mereka akan tanggungjawab yang amat penting ini,’’ katanya dalam nada suara penuh semangat dan disambut tepukan gemuruh para perwakilan.
Hishammuddin juga menggesa ahli-ahli Pemuda UMNO untuk bergerak lebih agresif mendekati generasi muda di pelbagai peringkat dan membuka ruang seluas-luasnya bagi kumpulan itu menyertai UMNO.
Generasi tersebut, katanya, mempunyai kapasiti intelek yang hebat, progresif, berkeyakinan tinggi, lebih terbuka kepada pembaharuan dan membesar dalam era globalisasi.
Pada masa yang sama, kata Menteri Pelajaran itu, ahli Pemuda UMNO tidak boleh lupa bahawa terdapat jutaan rakyat lain di Malaysia yang menyokong dasar dan perjuangan UMNO walaupun mereka bukan ahli UMNO.
Katanya, golongan itulah yang mengundi UMNO dalam setiap pilihan raya kerana 3.3 juta ahli UMNO tidak cukup untuk menjamin kemenangan BN dalam pilihan raya.
Ketika ditemui kemudian, Hishammuddin menjelaskan, Pemuda UMNO kini berada pada landasan kukuh untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang bersama rakan-rakan dalam komponen BN.
“Pemuda UMNO akan buktikan bahawa kita sememangnya sentiasa bersama-sama untuk memastikan kemenangan calon-calon kita,’’ katanya.

0 Komen
Post a Comment