Pertama kali dalam sejarah UMNO, ucapan presidennya ketika merasmikan perhimpunan agung parti itu semalam, tidak dapat dibaca oleh rakyat umum kerana akhbar-akhbar utama tidak diterbitkan hari ini kerana cuti sambutan perayaan Deepavali.
Hanya akhbar Utusan Malaysia dan sebuah akhbar berbahasa Cina - Oriental Daily - terbit hari ini.
Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menimbulkan perkara itu ketika membincangkan mengenai rangkaian bekalan dalam pelbagai industri yang menurutnya dimonopoli oleh kaum lain.
"Vendor akhbar dikuasai oleh rangkaian pengedar yang dikuasai oleh satu kaum saja...hari ini dia tidak kerja...hari ini ucapan presiden (Umno) tidak boleh dibaca oleh rakyat kerana kita tidak kuasai rangkaian tersebut.
"Ini adalah kali pertama dalam sejarah UMNO, di mana ucapan presidennya tidak dapat dibaca oleh rakyat umum," katanya. Dalam bidang pertanian pula, katanya, orang Melayu hanya terlibat di peringkat 'cucuk tanam sahaja'. tetapi di peringkat rangkaian pembekalan, prosesnya dikuasai oleh orang bukan Melayu.

0 Komen
Post a Comment