Gerakan Obor Akan Kembali Lagi

Pada kesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2008 buat semua sahabat-sahabat yang bersama-sama dalam blog aku yang tak seberapa ini. Sempena tahu baru, tak semestinya azam kita pun perlu baru, tapi memadailah kita memperbaharui azam-azam kita pada tahun-tahun sebelum ini, yang masih belum mampu atau gagal kita laksanakan sebelum ini.

Tetapi buat mereka yang telah berjaya menunaikan azam-azam yang lalu, tahun ini pastinya akan menambahkan cabaran dan dugaan baru, yang perlu dihadapi. Insya-Allah, tanpa jemu untuk berusaha dan doa berkekalan, kejayaan dan dugaan tersebut akan Berjaya diharungi juga.

Aku bukannya nak jadi itik ataupun naga, tetapi aku tetap aku. Aku tetap mahu meneruskan perjuangan aku dalam GPMS. Banyak kali yang belum aku laksanakan. Banyak laki tugas yang perlu dilakukan.

Terima kasih buat abang Ajak yang memberikan nasihat. ‘buat apa kita nak buat, persetan dengan orang lain. Tapi ingat kita hidup bukan bersendirian’.

Betul, persetankan apa orang nak kata, tapi kita bukan bersendirian.

Sebagai seorang pejuang, kita kena teruskan perjuangan kita. Sebagai EXCO GPMS, aku tetap kena teruskan perjalanan dan program-program yang bersesuaian dengan biro aku, sesuai untuk pelajar.

Sehubungan dengan itu, dengan bantuan Angah, Biro Anti Dadah Dan Gejala Sosial serta Biro Latihan GPMS akan sekali lagi menganjurkan Gerakan Obor- Khemah Kerja Patriotik 2008.

Namun, program yang dijangka akan diadakan pada 25-27 Januari ini akan ditunda ke 15-17 Februari 2008. Namun matlamat dan konsepnya masih sama. Pesertanya akan dibawa dari kawasan Pasir Gudang, namun ada cadangan dari abang Ajak untuk mengakan kursus lanjutan kepada peserta siri pertama dulu.

Insya-Allah, buat GM-60, bersedialah. Mungkin anda akan dipanggil untuk kursus lanjutan. Tapi yang paling penting, pendidikan dan pembelajaran adik-adik kat sekolah mestilah SUKSESS.

Sekian sahaja, buat masa ini. Terima kasih buat mereka yang memberikan cadangan nasihat, positif mahupun negative. Insya-Allah, komen dan pandangan semua akan saya jadikan `azimat’ dan panduan untuk program-program yang akan dating.

Terima kasih sangat.

Rupanya bukan mudah untuk kita jadi pemimpin tanpa sokongan sahabat-sahabat. Gerak-geri dan tingkah laku juga akan diperhatikan dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kuku.

Tapi jangan pula takut untuk menjadi pemimpin. Sekurang-kurangnya jadi pemimpin untuk diri sendiri dan keluarga kita.

Selamat Tahun Baru 2008.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment