'Sayalah Orang Itu'- Chua Soi Lek

Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek membuat pengakuan terbuka hari ini bahawa beliau ialah orang yang terlibat dalam aksi hubungan seks bersama seorang wanita yang salinan cakera video digital (DVD) perlakuan itu diedarkan secara meluas di Johor sejak beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, di sebalik pengakuan terbuka tersebut, Menteri Kesihatan itu menegaskan, beliau tidak akan melepaskan jawatannya dalam kerajaan dan parti.

Soi Lek menyifatkan wanita terbabit sebagai kawan baiknya.

‘‘Siapa yang terlibat dan apakah motif DVD itu dihasil dan dirakamkan tidak penting lagi. Yang paling mustahak bagi saya sekarang ialah keluarga, isteri dan anak-anak telah pun menerima permohonan maaf daripada saya”.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment