`Lama tak update blog? Apa cerita baru? Dah masuk PKR ker? .... itulah beberapa soalan wajib sahabat-sahabat, apabila tiada cerita baru atau tidak update blog ’Sahabat-Gunung’ sejak kebelakangan ini.
Aku rasa macam malas nak update dan dalam masa yang sama, sedang menilai dan membuat tinjauan rambang hakikat penolakan orang muda terhadap UMNO dan BN sejak akhir-akhir ini.
Persoalan tersebut terungkai sedikit demi sedikit khususnya selepas pulang dari PRK Manek Urai. Mungkin ini sekadar pendapat aku dan tidak bermakna pendapat atau pandangan ini betul... sebab ini blog aku, suka hati akulah nak bagi pendapat apa.
Benarkah orang muda menolak UMNO/BN ataupun UMNO/BN yang sebenarnya mengenetepikan orang muda sebelum ini? Persoalan ini harus dijawab dulu sebelum kita menilai sokongan orang muda terhadap UMNO/BN.
Aku sebagai orang muda ingin berkongsi sedikit kekecewaan terhadap sikap beberapa orang pemimpin veteran BN yang sedikit sebanyak menjauhkan orang muda terhadap UMNO/BN.
Mungkin dalam UMNO, sikap ’pemimpin veteran’ ini sudah tidak menjadi isu sangat setelah DS Najib Tun Razak mengambil-alih kepimpinan parti dan negara sejak Mac lalu... tetapi bagaimana dengan MIC dan PPP yang semakin bercelaru dengan masalah kepimpinan veteran vs kepimpinan muda parti.
Sampai bila Samy Vellu dan Kayveas akan memimpin MIC dan PPP. Adakah ini antara punca orang muda dalam MIC dan PPP akan menjauhkan diri seterusnya tidak memberikan sokongan padu kepada BN dalam PRU akan datang.
Masalah perebutan kuasa menjadi agenda utama parti, sedangkan ramai lagi anak muda, keluarga dan orang susah yang harus diberikan keutamaan.
Oleh itu, satu mekanisme harus diambil kepimpinan tertinggi BN untuk mengkaji semula sokongan orang muda terhadap BN. Jika terus dibiarkan mereka, untuk sibuk berpolitik dan merebut kuasa...percayalah PRU akan datang, sokongan orang muda mampu merebut kuasa dari BN untuk menentukan ’siapa yang bakal mentadbir negara’ di masa hadapan.

12:58 AM
salam.....
Itulah nasib pemimpin veteren,
dari muda tentulah menjadi tua..
semakin tua akan kaya...dalam masa
sama musuh dalam selimut tak terkira,
apatah lagi di luar sana dendangkan persepsi tujuannya nak jatuhkan kredibliti... muda-mudi
'termakan'hasutan hari-hari...yg memang kurang jatidiri...tapi tak
kurang ada pemuda berani dan berisi
sebagai pewaris esok hari...
peluang ada,pasti...
wassalam
3:52 AM
Salam Perjuangan,
Kami dari Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Wangsa Maju, WP amat teruja dgn pengendalian blog anda..
Semoga kita dapat sama2 berjuang dalam mengembalikan semangat perjuangan anak2 muda agar menjadi insan yang berilmu dan bekerja keras demi mempertahankan kedaulatan Agama, Bangsa dan Negara di masa akan datang.
Yang Di Pertua GPMS Cawangan Wangsa Maju, En. Jais Abdul Karim menyampaikan Salam Kasih khas buat anda.
Sekian, Salam Persahabatan ikhlas dari,
MUHAMMAD RADHI ABD. RAZAK
Ketua Penerangan merangkap Ketua Editor Blog,
GPMS Cawangan Wangsa Maju,
Wilayah Persekutuan.
ps : Blog anda kami telah senaraikan antara blog pilihan di blog kami.