KENYATAAN MEDIA- KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memandang berat taktik kotor pakatan pembangkang dalam kempen pilihan raya kecil Bagan Pinang yang melemparkan pelbagai tuduhan dan dakyah terhadap Barisan Nasional (BN) dan calon BN semata-mata untuk mengelirukan pengundi. Suka saya mengingatkan pihak pembangkang agar jangan menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri.


Di sini, saya ingin merujuk kepada kenyataan bekas sahabat baik Dato’ Seri Anwar Ibrahim yakni Datuk S. Nallakarupan yang telah disiarkan di akhbar tempatan baru-baru ini. Dalam kenyataan tersebut, Datuk Nallakarupan mendakwa bahawa Dato’ Seri Anwar diketahui mempunyai pelbagai sumber kewangan yang besar, seperti mana yang pernah didedahkan oleh bekas Penolong Gabenor Negara, Datuk Abdul Murad Khalid, dalam akuan berkanun yang dibuat pada tahun 1999. Menurut akuan berkanun Datuk Abdul Murad, Dato’ Seri Anwar mempunyai RM 3 bilion yang disimpan dalam beberapa "master accounts"


Ini adalah satu tuduhan yang amat berat sekali. Apabila A akuan berkanun Datuk Abdul Murad dibuat, ramai yang tertanya apakah hasil siasatan dari pihak berkenaan? Ramai yang masih ingin tahu samada tuduhan tersebut betul dan sekiranya betul apakah tindakan selanjutnya. Sekarang rakyat diingatkan lagi dengan satu pengesahan dari Datuk Nallakarupan yang sebagai sahabat karib kepada Dato’ Seri Anwar sudah tentu mempunyai maklumat yang tepat. Sekiranya Datuk Nallakarupan masih menegaskan bahawa "Anwar mempunyai pelbagai sumber" sambil merujuk kepada akuan berkanun Datuk Abdul Murad, perkara ini perlu disiasat dengan teliti, terperinci dan segera demi kepentingan awam.

Sehubungan itu, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan membuat satu laporan polis untuk memulakan siasatan terhadap tuduhan ke atas Dato’ Seri Anwar yang telah dibuat oleh Datuk Nallakarupan. Walaupun akuan berkanun yang disebut oleh Datuk Nallakarupan telah lama dibuat, Pergerakan Pemuda UMNO percaya bahawa kes ini tidak sepatutnya dilupakan dan tuduhan berkaitan dengan sumber kewangan Dato' Seri Anwar Ibrahim perlulah disiasat dengan secepat mungkin.



- Khairy Jamaluddin

6 Okt 2009


Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

4 Komen

  1. Kenapa UMNO pilih Isa??

    Aku kecewa apabila UMNO memilih Isa, sebahagian keluarga aku menaruh harapan yang tinggi terhadap UMNO, hancur berkecai.

    UMNO tidak pernah belajar dari kesilapan memilih calon yang imej tercemar bermula di Permatang Pasir melarat ke Bagan Pinang.UMNO tidak memperdulikan lagi imej calon asal kemenangan memihak kepadanya.

    Walau pun Tun Mahathir dan Tengku Razaleigh tidak mahu UMNO memilih Isa sebagai calon. Tapi nasihat veteran UMNO ini ditolak mentah dengan alasan kehendak rakyat memilih Isa.

    Ujud juga budaya kuno mengugut dari ahli-ahli UMNO sendiri untuk memboikot PRK jika Isa tidak dipilih. Budaya Melayu yang menjejekkan. Begini corak pemikiran Melayu yang dihasilkan oleh UMNO setelah lebih 52 tahun memerintah, setia membabi buta.

    Kekalahan demi kekalahan menjadikan UMNO terdesak untuk menang.

    Pemilihan Isa sebagai calon BN menunjukkan UMNO secara tidak langsung mengiktirafkan politik wang. Walaupun kehendak rakyat menolak politik wang, UMNO lebih mementingkan kemenangan. Jika Isa benar-benar mementingkan masa depan UMNO, dia sepatutnya menolak pencalonan tersebut. Isa lebih mementingkan diri sendiri.


    Pemilihan Isa sebagai calon BN menunjukkkan sikap kepimpinan DS Najib dan TS Muhyiddin yang lemah dan tidak berani membawa perubahan kepada UMNO. Mereka lebih takut kepada desakan dan kekalahan BN dari masa depan UMNO. Beginikah kepimpinan yang diperlukan untuk memimpin Malaysia?


    Demi masa depan UMNO , saya tidak dapat menerima Isa Samad sebagai calon BN di Bagan Pinang.

    Dan saya berharap UMNO dapat dikalahkan lagi di Bagan Pinang supaya UMNO benar-benar dapat menghayati makna perjuangan parti.

  2. Anonymous
    6:27 PM

    Khairy pun kena siasat juga!

  3. Anonymous
    5:17 PM

    azeez tu pun kena siasat gak. kena belasah 9 org konon.

  4. aNTI KAKI AMPU
    9:18 AM

    AKU NAK TENGOK SANGATLAH GAMBAR KHAIRY, ALI RUSTAMK DAN ISA BERGAMBAR BERSAMA- SAMA.

Post a Comment