11 MEI 2010: HARI UMNO 64 TAHUN

Selasa ini, 11 Mei 2010, genap 64 tahun usia UMNO sebagai sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.

Satu usia yang cukup matang dalam mengharungi perjuangan khususnya membawa bangsa ke arah kecemerlangan dan kemajuan tanpa menidakkan kepentingan agama yang menjadi landasan mengikut acuan budaya ketimuran. Menilai kembali tarikh tersebut, ia bukanlah suatu jangka masa yang singkat apatah lagi untuk mengisi perjuangan dan memindahkannya untuk sama-sama dialirkan sebagai semangat bangsa kepada generasi kedua hari ini.

Dalam menelusurinya, tentunya para pejuang hari ini bukanlah berjuang seperti tokoh terdahulu yang matlamatnya adalah untuk mengusir penjajah dan menuntut kemerdekaan sebaliknya ia lebih kepada pengisian dengan perjuangan ke arah pembangunan, kemajuan dan kecemerlangan yang bukan sahaja mencakupi aspek material tetapi juga minda dan intelek yang tinggi.

Namun demikian, idealogi yang diperjuangkan oleh UMNO tidak pernah berubah biarpun zaman berganti zaman, dan generasi muda telah menjadi pelapis, UMNO tetap kekal utuh sebagai sebuah parti politik yang mendukung cita-cita kebangsaan berlandaskan agama, bangsa dan negara. Kerana itu, UMNO tetap relevan, dalam apa jua keadaan atau suasana yang dihadapinya, ia tetap teguh.

Buat sahabat-sahabat seperjuangan, Selamat Menyambut Hari UMNO 64 tahun. Moga kematangan ini, akan memberikan kita lebih semangat untuk Bersatui-Bersetia-Berkhidmat, demi menjamin survival perjuangan UMNO demi agama, bangsa dan negara.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    11:43 AM

    Kau silap bang... kau ni buta sejarah ke...UMNO tu dah digaramkan pada tahun 1988 oleh MAHKAMAH..... UMNO lama dah berkubur... dah punah, hancur lebur dikerjakan oleh Pandi Kuthi.... mana boleh kau katakan ini ulang tahun ke &$. Bingai betullah kau ini..... UMNONGOK baru berusia 24 tahun.... bodoh sangat sejarah kau ini ..... jadi fakta tu biar betul ... jangan main tulis saja ....

Post a Comment