Zaid digesa mohon maaf secara terbuka kepada Sultan


Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Selangor mendesak Penyelaras pakatan pembangkang, Datuk Zaid Ibrahim memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam tempoh 24 jam.

Ketua Wira Perkasa Malaysia, Armand Azha Abu Hanifah berkata, kenyataan yang dibuat oleh Zaid itu adalah melampau dan tidak menghormati institusi Kesultanan Melayu.

Sehubungan itu, katanya, gabungan NGO Selangor turut mendesak kepimpinan tertinggi PKR untuk mengambil tindakan ke atas Zaid.

"Jika kepimpinan tertinggi PKR tidak mengambil tindakan terhadap beliau, kami akan menganggap kenyataan Zaid adalah pendirian rasmi dari PKR dan keseluruhan kerajaan pakatan pembangkang,'' katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan perhimpunan secara aman di hadapan ibu pejabat PKR bagi membidas kenyataan Zaid dalam blognya yang mempersendakan titah perintah Sultan Selangor supaya tidak menggunakan masjid dan surau sebagai tempat berpolitik.

Dalam kenyataan itu, Zaid mendakwa kenyataan titah Sultan Selangor bersifat peribadi dan bukan arahan rasmi kerana tidak merujuk kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Tambah Zaid, perlembagaan menetapkan sultan tidak boleh mengeluarkan perintah secara terus, sebaliknya disalurkan melalui Majlis Agama Islam negeri terlebih dahulu dan bermesyuarat sebelum mewartakan keputusan itu sebagai peraturan sah.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment